Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Maya Basir January 30, 2023 @ 11:03am

Nampak Baby Bump Di Majlis Hari Jadi Bilal, Neelofa Hamil Anak Kedua?

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa didakwa hamil anak kedua semasa berada di majlis ulang tahun pertama cahaya mata sulungnya, Muhammad Bilal.

Menerusi perkongsian di TikTok @lofa.world, terdapat ibu bapa dan kanak-kanak hadir ke majlis hari jadi Bilal yang bertemakan konsep haiwan.

Di dalam video tersebut, Neelofa mengusap perutnya beberapa kali dan menampakkan bentuk yang kelihatan seperti ‘baby bump’.

“Siapa yang nak teruskan main, boleh main sampai lapan malam, siapa nak solat, boleh solat di bawah atau di tingkat M ada surau, terima kasih,” ujarnya kepada tetamu sambil mengusap perut.

@lofa.world 😍😍😍 #Neelofa #HarisIsmail #HarisNeelofa #MuhammadBilal #MuhammadBilalHaris #ForYourPage #fypシ #FYP ♬ original sound – lofa.world

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah diatas kehamilan anak kedua buat Neelofa.

“Alhamdulillah. Tahniah Bilal nak dapat adik.

“Alhamdulillah nampak dah baby bump. Tahniah Lofa.

“Syukur nampak baby bump tu. Happy birthday Bilal,” komen netizen.

Untuk rekod, Neelofa dan suami, Haris Ismail atau PU Riz mendirikan rumahtangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Bilal yang kini berusia satu tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 25 Sep 2022
Hiburan Fri, 7 Jul 2023
Trending Mon, 9 Jul 2018

Lelaki Nikah Kanak-Kanak 11 Tahun Didenda RM 1800

Peraih getah berusia 41 tahun itu dituduh mengikut Seksyen 19 dan Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (No 6) 2002 Negeri Kelantan yang masing-masing boleh membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara dua bulan.

Hiburan Thu, 12 Jul 2018

Haqiem Rusli Makin Tenang Selepas Buang Tabiat Lama

Bagaimanapun saya tidak akan memadam laman sosial dan akan terus berkongsi maklumat dan perkembangan terkini saya…

Selebriti Tue, 20 Feb 2018

DEBARAN MAKIN TERASA, TAHNIAH DYNAS!

Akui Dynas, dia gementar menunggu hari diijabkabulkan biarpun ini kali kedua buatnya. Tahniah Dynas, semoga semuanya berjalan lancar hendaknya, Insha Allah.

Featured Wed, 30 Apr 2025

Aliff Syukri Mengaku Berjaya Raih Gaji Lebih RM200,000 Di TikTok

Datuk Seri Aliff Syukri mengaku dia berjaya meraih lebih RM200,000 dalam masa dua jam lebih.

Featured Sun, 12 Feb 2023

Ali Puteh Akan Bayar Hutang RM60,000 Secara Ansurans, Tampil Dedah Sebab Tak Beri Kunci Rumah Pada Balu Abam…

Ali Puteh tampil beri penjelasan isu rumah arwah Abam Bocey terbiar 🤔

Hiburan Thu, 12 Mar 2020
error: Content is protected !!