Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 12, 2018 @ 3:56am

Haqiem Rusli Makin Tenang Selepas Buang Tabiat Lama

Gara-gara suka melayari laman sosial, penyanyi Haqiem Rusli akui dirinya tertekan.

Jika dulu, dia gemar membuat carian namanya sendiri di aplikasi Twitter dan membaca komen-komen negatif pengguna laman tersebut.

” Salah saya. Kalau dulu saya suka cari nama sendiri di Twitter dan baca komen orang tentang saya. Dalam masa sama, saya ambil serius.

” Bagaimanapun saya tidak akan memadam laman sosial dan akan terus berkongsi maklumat dan perkembangan terkini saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Haqiem mendedahkan dia kini lebih tenang berdepan kritikan netizen.

“ Saya tak mahu lagi fikir situasi lepas dan dalam usaha menjadi individu yang lebih baik.

” Saya kini lebih tenang.

“Buat masa ini saya kurangkan aktiviti pentas dan banyak menghadiri program bual bicara mengenai isu depresi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Program Solidariti Untuk Penyakit Mental anjuran Miasa.

Dalam masa sama, Haqiem bersyukur dikelilingi peminat dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong.

“ Terima kasih juga kepada Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (Miasa) yang sudi memberi bantuan dan sokongan emosi,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 24 Mar 2022

“Saya Ada 74 Baju….” – Selalu Pakai Baju Cef Sebab Nak Menunjuk Ke? Ini Respons Fazley Yaakob

Aduhai kalau dah namanya cef, mestilah selalu pakai baju cef kan.. 😂

Hiburan Wed, 21 Aug 2024
Hiburan Fri, 6 Sep 2019

Sakinah Tempelak Netizen Busy Body

Bila dah jadi artis, semua benda orang nak ambil tahu.

Hiburan Tue, 28 Apr 2026

“Terima Kasih Banyak Berkorban” – Azizulhasni Awang Titip Ucapan Menyentuh Jiwa Buat Isteri Tercinta

Azizulhasni, 38, tidak menafikan segala pencapaiannya turut didorong oleh pengorbanan besar isterinya yang sentiasa setia di sisi

Hiburan Sat, 29 Mar 2025
Featured Thu, 3 Oct 2024
Hiburan Thu, 16 Jan 2025
Hiburan Tue, 8 May 2018

Drama Korea Baharu SUITS Bakal Curi Perhatian

Drama 16 episod yang diadaptasi daripada siri popular America ini bukan sahaja menampilkan pelakon ternama seperti Jang Dong Gun, malah turut menampilkan pelakon muda yang terkenal menerusi drama bersiri Hwarang: The Poet Warrior Youth, Park Hyung- Sik. Duo ini sekaligus nyata akan memberikan sedikit kelainan jika dibandingkan dengan drama asalnya? Nak tau kenalah saksikan SUITS!

error: Content is protected !!