Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 7, 2023 @ 5:00pm

[VIDEO] Sweetnya! Mizz Nina Seronok Dapat Jelajah 4 Negara Dengan Suami, Sambut Hari Raya Bersama

Usahawan dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina semakin bahagia bersama suami selepas mendirikan rumah tangga bersama penyanyi asal Amerika Syarikat (AS), Essam Muhammad.

Terbaharu, Mizz Nina memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan momen-momen manis dia dan suami menjelajah ke beberapa buah negara.

Mizz Nina turut meluahkan rasa syukur apabila dapat menziarahi masjid pada hari raya pertamanya dengan Essam sebagai suami isteri.

“Alhamdulilah, saya rasa bersyukur dan bertuah kerana dapat menjelajah dunia bersama suami tercinta, kami jelajah ke 4 negara dan 6 bandar dalam masa 2 minggu, dan dalam video ini, adalah hari yang kami di Istanbul.

“Dia buat kejutan apabila membawa saya ke lokasi rahsia atas bumbung dengan pemandangan indah 360 bandar dan selat Bosphorus, dan di situ juga tempat dia merakam videonya ‘On the Road’.

“Kami menunggang basikal, teroka bandar dan menghabiskan beberapa waktu menziarahi masjid pada hari raya pertama kami bersama,” kongsinya teruja.

Dalam pada itu, bekas isteri kepada penyanyi, Noh Salleh itu turut berkongsi kemanisan melancong bersama pasangan kerana ia adalah satu perkara Sunnah.

“Tiada yang berlebihan dalam menjaga orang yang kita sayangi dan menunjukkan kasih sayang kepada mereka, sedikit sebanyak juga akan membantu.

“Mengembara bersama orang tersayang dan melakukan aktiviti yang berbeza dengan mereka akan memupuk lebih banyak kasih sayang dan perhubungan.

“Tak bermakna perlu mengembara beribu batu jauhnya, kadangkala hanya perlu teroka bandar anda sendiri atau bandar berdekatan di negara kita.

“Melancong adalah Sunnah dan semakin banyak anda belajar tentang budaya lain di dunia, semakin anda memahami diri anda dan satu sama lain,” tulisnya lagi.

Jun lalu, Mizz Nina atau nama sebenar, Shazrina Azman, memaklumkan telah sah menjadi isteri kepada Essam dalam sebuah majlis dibuat secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga dan sahabat rapat pada suku kedua tahun ini.

Untuk info, Mizz Nina mendirikan rumah tangga dengan Noh pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos tahun lalu. Mereka mengambil anak angkat yang diberi nama Musa.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Berebut Anak, Noh Salleh Dedah 6 Bulan Harungi Tempoh Sukar Selepas Cerai Dengan Mizz Nina

ARTIKEL BERKAITAN: Saling Melengkapi, Mizz Nina Sah Berkahwin Dengan Penyanyi Rap – “Kami Dedikasi Hidup Untuk Dakwah”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Luah Rasa Senang Mizz Nina Bertemu Jodoh Dengan Essam Muhammad – “Dia Berhak Bahagia”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 4 Nov 2018

Tragis, Ikat Badan Bersama, Dua Beradik Maut Terjun Ke Sungai

Tragis, Ikat Badan Bersama, Dua Beradik Maut Terjun Ke Sungai Kerana Tak Mahu ‘Pulang’

Hiburan Fri, 2 Feb 2024

‘Ritma & Rima’ Beri Magis Buat Akim, Stacy Untuk Terus Berkarya

Finally, Akim dan Stacy keluarkan lagu baru!

Trending Mon, 15 Jul 2019

Bapa Kahwin Lagi, Ibu Sakit Mental…Bayi Tujuh Bulan Menangis Kena Tinggal!

Kemungkinan apabila ibunya sihat, bayi itu akan dikembalikan semula kepada ibunya.

Hiburan Sun, 27 Aug 2023
TECH Sun, 30 Dec 2018

Bagaimana Untuk Membaiki Isu Whatsapp Skrin Putih Di iPhone X

Jika anda mencari penyelesaian untuk masalah skrin putih pada whatsapp iphone X, ikuti langkah ini mungkin dapat selesaikannya

Selebriti Thu, 14 Dec 2023
Hiburan Mon, 9 Dec 2019
error: Content is protected !!