Euforia Bola 2026
Drama By: Salma Syahbuddin April 4, 2024 @ 4:05pm

Ghairah Pilih Pelakon, Erma Fatima Puji Lakonan Aedy Ashraf & Hannah Delisha – “Ini Lah Pelapis Yang Bukan Harap Muka Tapi Bod*h”

Pelakon, pengarah dan penerbit popular, Erma Fatima meluahkan rasa bangganya apabila melihat lakonan Aedy Ashraf dan Hannah Delisha dalam drama Lelaki Itu yang disiarkan menerusi slot Samarinda, TV3.

Bercakap kepada XTRA, Erma mengaku sebagai seorang penerbit, dia sangat menitik beratkan kualiti setiap pelakonnya.

Malah, untuk drama Lelaki Itu yang menemui penonton sejak 19 Mac lalu, dia mendedahkan telah mengalami kerugian dek kerana ghairah dengan barisan pelakon yang dipilih.

“Saya pilih pelakon berdasarkan kualiti. I demand for that. Tetapi kena ukur baju dekat diri sendiri. Macam drama Lelaki Itu saya akui saya rugi. Saya rugi sebab saya ghairah dengan pelakon-pelakon yang saya nak ni. Terlalu banyak pelakon hebat dan harganya tetap A.

“Saya offer mereka dan beri jalan cerita dan mereka terima. Dalam istilah ni, yang saya perlu pujuk adalah Adi Putra sahaja sebab masalah timing dan dia perlu mengerjakan umrah. Jadi saya terpaksa ikut timing dia. macam yang lain semunya dipermudahkan. Saya bagi jalan cerita dan mereka terima.

“Saya sangat excited bila melihat kepada lakonan mereka,” ulasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

 

Dalam pada itu, Erma atau nama penuhnya, Fatimah Rahmad Ali, 56, turut memuji lakonan hebat Aedy Ashraf dan Hannah Delisha menerusi drama rantaian 30 episod itu.

Katanya, selain mempunyai rupa paras yang cantik, kedua-dua pasangan pelakon ini harus dipuji kerana lakonan hebat yang ditunjukkan mereka.

Malah, Erma yang sudah berkecimpung dalam industri selama 37 tahun menyifatkan, Aedy dan Hannah sebagai contoh kepada pelakon pelapis yang ada sekarang.

“Aedy Ashraf dan Hannah Delisha, anda tengok lah lakonan dia. Hebat gila! Susah tau saya nak puji orang. Saya sampai menangis masa proses penyuntingan. Sebab lakonan mereka sampai.

“Dan, inilah dia contoh new generations yang bukan sahaja popular, ada ramai followers tetapi lakonannya bagus. Mereka berdua punya kualiti tu memang hebat. Yang lain tu saya tak perlu puji lah anda semua memang tahu mereka berbakat.

“Tetapi mereka anak muda ini lah yang merupakan pelapis dan kita amat perlukan dalam industri. Selain mempunyai rupa paras yang elok mereka juga boleh berlakon. Bukan harap muka tapi bodoh.

“Macam Aedy dan Hannah saya sangat berbangga tengok lakonan mereka berdua dalam drama Lelaki Itu,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

 

Berkongsi lanjut, Erma mendedahkan walaupun sudah 15 tahun tidak bergiat aktif dalam bidang lakonan, namun Che Puan Sarimah Ibrahim antara pelakon yang mempunyai inisiatif sendiri dengan mengambil kelas lakonan secara online demi drama Lelaki Itu.

“Dia ambil inisiatif untuk ambil online acting course semata-mata demi preparation dia untuk drama Ini.

“Sebelum start shooting dia ambil online New York acting course dan saya berbangga kerana dia berusaha untuk itu walaupun hanya berlakon drama sahaja,” kongsinya.

Erma berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Lelaki Itu yang diadakan di Sri Pentas, TV3 baru-baru ini.

Tidak habis disitu, Erma sempat menitipkan pesanan buat pelakon baharu yang mahu bekecimpung dalam industri lakonan supaya fokus dan mempunyai matlamat terhadap karier seni mereka.

“Saya cuma berharap orang-orang seperti Aedy Ashraf dan Hannah Delisha ni terus menggali bakat mereka supaya mereka bertahan lama dalam industri.

” Dan kepada pelakon-pelakon baharu,  kalau you artis yang hanya mahu menjadi lalang ataupun bunga penghias skrin televisyen. Maka, selama-lamanya anda akan jadi penghias skrin televisyen,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 18 Aug 2019

杨丞琳《青春住了谁》世巡吉隆坡站票房走势凌厉!2价位门票已售罄

杨丞琳《青春住了谁》世界巡回吉隆坡站票房走势凌厉,288令吉和168令吉门票价位已售罄!

Trending Hari Ini Fri, 24 Apr 2020

Tradisi Mantai Diteruskan, Ikut Prosedur PKP

InshaaAllah semuanya jadi mudah bila ikut prosedur PKP.

Trending Wed, 15 Aug 2018

5句电影台词让你学会放下!

有时伤心难过的情绪,往往源自于懊恼、后悔,但既然这些事情都已经过去了,不论有可能会造成什么后果也只能靠未来挽救,如今再为过去掉眼泪,岂不是太浪费时间力气?

Hiburan Sat, 24 Nov 2018

#SFMM33: Akhirnya Kesedihan Saya Terbayar – Sufian Suhaimi

Lagu itu diterima baik selepas kejadian yang telah berlaku dalam kehidupan saya sebelum ini…

Hiburan Fri, 8 Aug 2025

‘Taman Keabadian’ Jadi Hadiah Istimewa Aishah Untuk Peminat Setia

Sedap buah tangan terbaharu Datuk Asihah, love sangat!

Hiburan Tue, 19 Dec 2023
Trending Sun, 13 Dec 2020
Trending Sun, 10 Dec 2017

McDonald’s Malaysia Nafi Salur Dana Kepada Israel

“Satu Tuduhan yang Tidak Benar, Dusta, Palsu dan Fitnah” McDonald’s Malaysia Nafi Salur Dana Kepada Israel

Featured Wed, 30 Apr 2025

“Saya Ada Segala Bukti ‘Permainan’ Awak, Berhentilah Cemburu!” – Nabila Huda Jijik Dengar Panggilan Ibu Tiri

Pelakon versatile Nabila Huda menegaskan tidak mempunyai sebarang masalah dengan bapanya yang juga penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search.

Trending Mon, 14 May 2018

Gempar! Indonesia Kembali Berdarah

Pengeboman di tiga gereja itu adalah yang terburuk di Indonesia selama bertahun, ketika negara majoriti Islam di dunia itu bergelut menangani militan tempatan dan meningkatkan sikap tiada toleransi terhadap minoriti agama.

error: Content is protected !!