Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 8, 2025 @ 2:06pm

‘Taman Keabadian’ Jadi Hadiah Istimewa Aishah Untuk Peminat Setia

Penyanyi legenda tanah air, Datuk Aishah yang telah hampir 40 tahun mengukir nama dalam dunia seni suara, tampil menyentuh hati peminat dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Taman Keabadian”.

Lagu balada penuh emosi ini dicipta oleh komposer berbakat, Senna, khusus untuk disampaikan dengan keunikan vokal dan jiwa Aishah yang penuh penghayatan.

Lagu ini hadir sebagai pelepas rindu buat peminat setianya yang menantikan kemunculan terbaharu penyanyi yang sinonim dengan karya-karya malar segar.

Ia juga membuktikan Aishah kekal relevan dan masih teguh menyampaikan karya yang menyentuh sanubari dari generasi ke generasi.

Taman Keabadian menyelami tema perpisahan dan kehilangan, sama ada insan tersayang seperti ibu bapa, ahli keluarga, sahabat atau rakan seperjuangan yang telah pergi. Liriknya menyampaikan kerinduan yang mendalam, namun turut tersisip harapan untuk pertemuan semula di alam abadi.

“Hanya keyakinan kita akan bertemu semula di negara abadi kelak dapat sedikit sebanyak mengubat kerinduan dan luka di hati. Berdoalah dan yakinlah kerana kita juga pasti menyusul dan bertemu semula di sana… di sebuah tempat dinamakan Taman Keabadian,” ujar Aishah dengan nada penuh ketulusan.

Menurut Senna, penciptaan lagu ini cukup peribadi buat dirinya dan dia percaya hanya Aishah mampu menyampaikan kedalaman emosi yang terkandung dalam lagu tersebut.

“Lagu ini begitu peribadi buat saya. Ia menuntut penyampaian yang bukan sekadar teknikal, tetapi penuh penghayatan dan spiritual.

“Saya yakin hanya Aishah sahaja yang dapat membawa roh lagu ini dengan begitu mendalam. Aishah menyanyi bukan hanya dengan suara, tetapi dengan seluruh jiwa,” katanya.

Melalui Taman Keabadian, Aishah menitipkan doa serta semangat buat semua yang sedang melalui episod kehilangan.

“Saya tujukan lagu ini kepada semua yang merindui insan-insan tercinta yang telah pun pergi ke negara abadi. Semoga lagu ini juga dapat menjadi teman dalam setiap doa dan pengubat jiwa buat mereka yang memerlukan semangat. Ini adalah hadiah saya buat anda semua,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 5 Jul 2022

“Aku Bukan Tak Nak Saman Tapi…” – Isteri Nazrief Nazri Dedah Punca Puteri Sarah Tidak Saman Ira Kaza Lebih Awal

Isteri Nazrief Nazri dedah punca mengapa Puteri Sarah tidak mahu saman Ira Kazar.

Events Wed, 2 Jan 2019

The Art Scene in Malaysia Magnifies in 2019

Check out these upcoming art events happening this year.

Hiburan Fri, 11 Jul 2025

Midnight Fusic Umum Konsert Solo Pertama ‘Forevermore 2025’ di Zepp KL 14 September Ini

Selepas lebih sedekad menghiburkan peminat dengan karya terbaik, peminat tak sabar nantikan konsert Midnight Fusic!

Hiburan Wed, 2 Aug 2023

Anak-Anak Sumber Kekuatan, Almy Nadia Harap Karya Sulung Fizz Fairuz Dapat Sambutan – “Saya Tahu Segala Peritnya”

Alhamdulillah, min suka tengok relationship Datin Almy dengan Datuk Fizz 🥰

Hiburan Mon, 30 Oct 2023
Featured Thu, 17 Aug 2023

Ketua Polis Sahkan Tiada Panggilan Kecemasan Dibuat, EXCO Pahang Antara 10 Mangsa Tragedi Pesawat Di Elmina

Allahuakbar, semoga roh mangsa dicucuri rahmat dan berada dalam kalangan orang beriman..

Featured Thu, 26 Jan 2023
Hiburan Wed, 15 Nov 2017

Fattah Amin Fazura Bakal Nikah Di Mekah?

Dengar-dengar dah bertunang pasangan sejoli ini di Mekah ! Betul ke atau khabar angin sahaja .

Featured Mon, 15 Nov 2021

Lagu Kita Cinta 3: Penyingkiran 2 Couple, Ada Konflik Sampai Nak Tukar Pasangan? Jom Recap Episod 3!

Episod ketiga program Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) berlangsung pada malam tadi dihangatkan dengan gandingan mantap pengacara Kamal Adli dan Ain Edruce. Malah, kedua-dua pengacara ini turut membuat persembahan pembukaan menerusi lagu Seribu Tahun. Apa […]

error: Content is protected !!