Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 17, 2023 @ 6:53pm

Ketua Polis Sahkan Tiada Panggilan Kecemasan Dibuat, EXCO Pahang Antara 10 Mangsa Tragedi Pesawat Di Elmina

Perkembangan terkini pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft 390 (Premier) 1 yang terhempas di perkarangan Elmina pada jam 2.38 petang tadi disahkan tidak mengalami sebarang masalah teknikal.

Pesawat tersebut dikhabarkan berlepas dari Langkawi dan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS)

Difahamkan Pusat Menara Kawalan LTSAAS tidak menerima sebarang panggilan mengatakan pesawat berkenaan mengalami masalah.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pesawat tersebut telah mendapat kebenaran untuk mendarat pada jam 2:40 petang.

Elmina

“Bagaimanapun komunikasi antara pesawat dan menara kawalan dilaporkan terputus sebelum dikesan terhempas di Elmina, berhampiran susur keluar Lebuhraya Guthrie.

“Pesawat disahkan terhempas dua minit sebelum mendarat sekitar jam 2.38 petang.

“Ketika terhempas, pesawat berkenaan dilaporkan merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal masing-masing seorang individu dalam setiap kenderaan

“Apa yang saya dapat sahkan bahawa tiada sebarang panggilan kecemasan dibuat,” katanya.

Antara 10 mangsa terkorban pesawat terhempas di Elmina adalah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Berita duka tersebut dikongsikan oleh Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menerusi satu hantaran di Twitter yang berkongsi foto bersama arwah Datuk Johari.

“Pada petang ini, satu berita tergempar membabitkan nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam. Amat mendukacitakan apabila melibatkan seorang kawan saya, Allahyarham YB Dato’ Sri Johari Harun, EXCO Pahang yang juga ADUN Pelangai di bawah Parlimen Bentong.

“Saya amat bersedih dengan kehilangan ini. Baru sahaja 2 hari lepas, saya bersama Allahyarham Dato’ Sri Jo berbincang berkenaan pembangunan di Bentong dan Pelangai yang akan direncanakan kelak,” katanya.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 23 May 2022

“Taklah Sehebat Mana, Tapi…” – Hadiahkan Diri Sendiri, Afieq Shazwan Beli Honda Civic RS

Tahniah! Afieq Shazwan menghadiahkan dirinya sebuah kereta baru Honda Civic RS 2022.

Trending Wed, 27 Mar 2019
Hiburan Fri, 29 Apr 2022

“Lain Macam Cara Kau Bergurau Dik..” – Bandingkan Perut Dengan Perdana Menteri, Kanak-Kanak Ini Berjaya Mencuit Hati Netizen

Min pasti dik, kau akan terkenal nanti. satu Malaysia akan kenal kau dik 🤣🤣🤣

Hiburan Thu, 12 Feb 2026

“Hari Ini Berakhirnya Idah Saya…” – 13 Tahun Bersama, Sharifah Aleya Umum Sah Bercerai

Sharifah Aleya tidak memperincikan punca perpisahan mereka dan memilih untuk tidak membuka ruang kepada spekulasi.

Hiburan Thu, 30 Nov 2023
Hiburan Tue, 24 Dec 2024

Ameera Khan Bahagia, Keluarga Sokong Hubungan Dengan Jefri Nichol – “Saya Tak Perlukan Pengesahan Orang Lain”

Tak perlu pengesahan orang lain, Ameera Khan dedah keluarga sokong hubungan dengan Jefri Nichol

Featured Thu, 28 Aug 2025
error: Content is protected !!