Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 29, 2022 @ 7:41pm

“Lain Macam Cara Kau Bergurau Dik..” – Bandingkan Perut Dengan Perdana Menteri, Kanak-Kanak Ini Berjaya Mencuit Hati Netizen

Tular di ruangan media sosial Twitter mengenai seorang tindakan spontan kanak-kanak yang telah membandingkan perutnya dengan Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob berjaya meraih perhatian netizen.

Seorang pengguna Twitter telah memuat naik sedutan video dari segmen berita Buletin Utama TV3 di ruangan media sosial miliknya memaparkan seorang kanak-kanak berjumpa dengan PM lantas membandingkan perutnya dengan beliau.

Ciapan tersebut mendapat perhatian rata-rata netizen yang terkejut dan menunjukkan rasa sangat terhibur melihat gelagat kanak-kanak tersebut yang dianggap sangat luar biasa dan berani.

Malah, ada juga dalam kalangan netizen yang sempat berseloroh dengan mengatakan kanak-kanak tersebut bakal menjadi terkenal di seluruh Malaysia suatu hari nanti.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen seakan memuji aksi kanak-kanak berkenaan yang dikatakan sangat comel dan ‘innocent’.

Semasa artikel ini ditulis ciapan tersebut telah mendapat lebih 31,000 ulang ciap dan 50,000 tanda suka.

   

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 25 Apr 2019

It’s A Boy! Anzalna Nasir Bakal Lahirkan Anak Lelaki Jun Ini

Ini merupakan kehadiran bayi lelaki pertama dalam keluarga besar Anzalna!

Hiburan Thu, 24 Jul 2025
Hiburan Wed, 2 Apr 2025

Tahniah! Nina Ismail Sabri Umum Hamil Anak Pertama

Nina Ismail Sabri umum hamil anak pertama

Events Thu, 3 Jan 2019
Events Mon, 10 Dec 2018
Trending Sat, 23 Mar 2019

Video Viral Lelaki Bakar Diri Sendiri Disahkan Meninggal Dunia

Dalam rakaman tersebut, lelaki terbabit dilihat melumuri dirinya dengan minyak petrol sebelum mengeluarkan pemetik api dan membakar dirinya. 

error: Content is protected !!