Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin December 10, 2018 @ 3:13pm

Membeli-belah Melalui Strim Secara Langsung Pertama di Malaysia Sempena 12.12

Lazada memperkenalkan gaya terkini membeli-belah dengan kaedah strim secara langsung imersif melalui aplikasi mudah alih Lazada, menjelang acara Jualan Hebat Akhir Tahun Lazada 12.12. 

Format strim secara langsung ini membolehkan para pembeli, jenama serta penjual menikmati satu pengalaman yang mengujakan melalui interaksi masa nyata, perbincangan langsung, demonstrasi produk dan pembelian yang semuanya dapat dilakukan serentak dengan penggunaan aplikasi Lazada. 

Fenomena strim secara langsung amat popular, terutamanya di negara China. Di sana, telefon mudah alih berperanan sebagai saluran utama kepada penduduk di luar kawasan bandar untuk hiburan serta membeli-belah. Pendapatan negara China yang dijana melalui strim secara langsung langsung dianggarkan akan mencapai USD 4.4 billion tahun ini, mencatatkan kenaikan sebanyak 32% berbanding tahun 2017[1]. Dengan memanfaatkan pengalaman, teknologi dan ilmu yang dimiliki oleh Alibaba, Lazada kini membawakan ciri strim secara langsung ke platformnya, seiring dengan kesediaan rakyat Malaysia menerima lebih banyak penyelesaian gaya hidup berbentuk digital.

Christophe ketika berkongsi tentang matlamat dan objektif asal kaedah ini dilakukan

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Christophe Lejeune berkata, 12.12 Super Livestreams membolehkan pengguna digital menjalani satu pengalaman interaktif yang cukup mengasyikkan.

“Ia membuka peluang kepada jenama-jenama dan para penjual untuk menyakinkan para pengguna dengan melibatkan mereka secara langsung dalam proses tersebut. Sebagai peranti eDagang, ia mencipta satu kualiti yang ketara, merapatkan jurang digital dan membolehkan hubungan yang lebih erat terjalin antara pengguna dan penjual walau di mana jua mereka berada. Para pengguna boleh bertukar-tukar pandangan, membuat pertanyaan dan menerima respons serta merta. Interaksi melalui ruang ini sangat bersifat komuniti, malah boleh diibaratkan sebagai satu sesi perbincangan bersama rakan-rakan” Katanya.

12.12 Super Livestreams

Selain itu, bermula 8 Disember 2018, korang bukan sahaja dapat membeli-belah malah boleh meluangkan masa bersama Nana Mahazan, Yasmin Hani, Dynas Mokhtar, Sharifah Sakinah, Elaine Daly dan ramai lagi. 

Paparan strim secara langsung dalam aplikasi turut membuka laluan bagi jenama yang baru muncul di pasaran dan penjual-penjual baru di Lazada untuk menarik perhatian pengikut dan pembeli.

Ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang jenama dan produk berkenaan agar lebih ramai penonton strim bertukar menjadi pembeli yang aktif.

Dan, pengguna dapat berinteraksi dengan pembeli secara terus dan berkemungkinan besar akan menjadi pengikut jenama tertentu, meninggalkan komen dan juga ‘like’. Kelebihan strim secara langsung termasuk pemerkasaan golongan pengguna, memandangkan jenama dan penjual harus memberikan maklum balas dalam masa nyata, serta membolehkan perbincangan yang lebih mendalam berbanding kaedah interaksi yang lain.

Cara Membeli-belah yang Lebih Selamat dan Mudah dengan Lazada Wallet

Gunakan juga perkhidmatan Lazada Wallet untuk menikmati kaedah pembayaran yang selamat dan lancar, memberi manfaat eksklusif, serta memudahkan pengembalian wang, tanpa memerlukan penyelenggaraan perbankan. Nikmati rebat bernilai RM2,500,000, dengan rebat 12%* untuk penggunna yang top up Lazada Wallet buat kali pertama dan rebat 5%* untuk top up oleh pengguna sedia ada. Sementara itu, rebat tambahan bernilai RM10 turut ditawarkan bagi pembelian produk yang eksklusif kepada Lazzada Wallet.

 

 Wah, jadi apa tunggu lagi! Jangan lepaskan peluang korang untuk membeli-belah bersama Lazada. Untuk keterangan lanjut korang bolehlah 

Layari www.lazada.com.my dan laman media sosial Lazada untuk maklumat lanjut tentang Jualan Hebat Akhir Tahun Lazada 12.12!

Facebook: https://www.facebook.com/LazadaMalaysia/

Instagram: https://www.instagram.com/lazada_my/

Twitter: https://twitter.com/LazadaMY

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 1 Oct 2018

《分贝人生》再获奖得国际认可!

电影《分贝人生》持续受到国际影视奖项的垂青!这次获得第3届《金海鸥国际新媒体影视周》颁发《最佳影片奖》,男主角陈泽耀代表前往北京领奖时在台发表得奖感言直说「艺术不分国界」。

Hiburan Mon, 11 Nov 2024
Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Hebat! Pesanan Ayahanda Dapat Sentuhan Lima Komposer

Muzik video Pesanan Ayahanda boleh mula ditonton bermula 31 Januari 2019. Dengarnya ada kemunculan seseorang istimewa, siapa tu agaknya?

Hiburan Mon, 28 Jul 2025
Featured Fri, 28 Mar 2025

Tebuk Surah Al-Mulk, Bacaan Noorkhiriah Dipuji Sedap – “Tak Ada Belajar Tarannum Pun”

Khiriah mengaku untuk kekal istiqamah sangatlah susah, justeru dia meminta agar orang ramai sentiasa mendoakannya.

Hiburan Tue, 28 Jan 2020

Winning None Out Of 5 Nominations; People Think Ariana Grande Got Robbed Just Like Mariah Had In 1996

If this isn’t one of the most controversial Grammy moments, then what is it?

LIFESTYLE Sun, 18 Aug 2019

5 Masalah Sering Dialami Oleh Haiwan Peliharaan

Jangan ingat manusia saja ada masalah , haiwan peliharaan pun ada juga

error: Content is protected !!