Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops March 27, 2019 @ 12:00pm

Jangan terlalu sibuk bekerja. Doktor kata berat badan anda akan meningkat!

Setiap hari, kita sering berhadapan dengan  kesibukan dan tekanan di tempat kerja. Bagaimanapun, tekanan berkenaan mungkin berkurangan apabila kita menerima ganjaran dalam bentuk gaji pada setiap hujung bulan, namun tahukah anda kesibukan ini sebenarnya menjejaskan kesihatan, termasuklah dari segi mental.

Sekiranya berat badan anda bertambah setelah menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, banyak perkara boleh dipersalahkan. Doktor mengatakan bahawa ia mungkin terjadi disebabkan anda terlalu sibuk dan fokus bekerja.

Menurut UDN, ketika ditemu duga, calon yang ditemuduga itu pasti akan menegaskan yang dia boleh menangani stres dengan baik dan mampu memikul pelbagai tanggungjawab.

Sebenarnya jika anda memandang kerja anda dengan terlalu serius, ia boleh mengakibatkan peningkatan berat badan.

Ini kerana anda meletakkan tekanan terhadap diri sendiri supaya sesuatu kerja itu dapat disiapkan dengan jayanya. Apabila anda mengalami stres, badan  akan terasa kesannya.

Apabila badan menghadapi terlalu banyak tekanan, anda mungkin akan mengalami insomnia ataupun jatuh sakit.

Jika tidak pun, anda selalunya akan cuba menghilangkan stres dengan makan dalam jumlah yang banyak atau menjamah apa saja snek di meja pejabat anda.

Kenyataannya tabiat ini ialah cara yang tidak sihat untuk relaks. Jangan lupa yang tabiat ini juga tidak bagus untuk bentuk badan anda!

Foto: Chicago Tribune

Sebenarnya ini bukanlah satu penemuan baharu kerana golongan doktor dan saintis kerap menekankan bagaimana stres daripada kerja boleh menyebabkan berat badan anda bertambah.

Menurut Dr Michael Mosley dalam artikelnya untuk BBC, stres yang kronik mengganggu tidur serta kadar gula dalam darah kita. Perkara ini akan mengakibatkan anda berasa lapar dan teringin untuk mengunyah.

“Jika situasi ini berlarutan, lemak badan anda akan  meningkat dengan cepat hingga mencapai kadar yang tidak sihat. Jika anda tidak berhati-hati, anda boleh menghidap penyakit kencing manis jenis 2.

Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan, hasilnya menunjukkan badan anda akan memasuki mod fight or flight apabila anda rasa stres.

Mod ini adalah respons fisiologi berdasarkan naluri anda terhadap situasi yang mengancam. Ia menyediakan anda untuk sama ada lawan atau lari daripada ancaman berkenaan.

Sebagai persediaan untuk ‘melawan,’ glukosa dibebaskan ke dalam darah supaya otot bertenaga, tetapi memandangkan anda sebenarnya tidak memerlukannya, pankreas  akan membebaskan insulin untuk menurunkan kadar gula dalam darah.

Kadar insulin dan gula dalam darah yang naik turun ini akan membuatkan anda rasa lapar. Inilah juga akibatnya apabila anda tidak cukup tidur. Untuk menanganinya, anda akan teringin makan snek. Jangan amalkannya!

Foto: Healthy News Tips

Inilah sebabnya doktor menegaskan anda perlu mencari kaedah yang sihat untuk menghilangkan stres dan jangan meletakkan terlalu banyak tekanan terhadap diri anda dalam hal kerja juga. Ingat, ya!

Sumber: World Of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 26 Oct 2020

Dibenar Tunai Umrah Bermula 1 November Ini

Berita baik buat jemaah umrah!

Featured Sat, 29 Jun 2024

Didakwa Guna Gambar ‘Soft Porn’ Untuk Promosi Produk, Akaun IG Nilofa Tampil Mohon Maaf

Baguslah kalau dah cakna menganai isu tu. Jangan main-main dengan netizen👀

Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Featured Tue, 16 Nov 2021

“Budak Tu Elok Je Dok Guling, Sekali…” – Video Anjing Kejar Budak Viral Di Tiktok

Sebuah klip video memaparkan seekor anjing jenis Corgi yang tidak diikat dengan tali berlari ke arah seorang budak perempuan viral di aplikasi TikTok. Video tular itu dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @queeniejasia, berkongsi mengenai […]

Hiburan Tue, 24 Feb 2026

Pernah ‘Depressed’ Tak Dapat Sambutan, Riz Zaizizi Bikin ‘Comeback’ Dengan Lagu Raya ‘Bulan Dah Nampak’

Riz Zaizi kini kembali mewarnai dunia seni dengan single raya terbaharunya berjudul, ‘Bulan Dah Nampak’.

Featured Wed, 28 Sep 2022
error: Content is protected !!