Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi December 4, 2023 @ 4:54pm

“Ketika Berpisah Dulu Saya Banyak Muhasabah Diri, Tak Dendam & Bermusuh” – Zamarul Hisham

Aktor Zamarul Hisham berkongsi detik hitam yang pernah dilalui dalam rumah tangganya apabila dia dan isteri yang juga pelakon Diana Rafar bercerai dan rujuk semula selepas itu.

Bercakap kepada XTRA, Zamarul berkata, keputusan untuk kembali bersatu selepas tiga bulan berpisah dibuat selepas banyak bermuhasabah diri.

“Soal rumah tangga ini sensitif sikit dan setiap apa yang berlaku ada kisah berlainan tetapi keputusan tetap sama iaitu mungkin berlaku perceraian.

“Pengalaman saya ketika berpisah dahulu saya banyak muhasabah diri. Lepas solat saya tanya pada diri saya ‘kenapa aku kahwin dengan dia?’ bukan ‘kenapa aku bercerai dengan dia?’.

“Saya juga tak tahu kenapa saya ambil keputusan begitu. Saya dapat keputusan dimana hati saya tenang. Saya juga tak bermusuh,” katanya kepada XTRA.

Menyifatkan tempoh itu adalah peringatan yang diberikan Yang Maha Esa kepadanya, Zamarul berkata tiada sekelumit dendam dan musuh terhadap Diana ketika itu.

“Disitulah mungkin Allah panjangkan jodoh kami. Lepas kami rujuk, baru saya faham yang Allah beri peringatan untuk perbetulkan apa yang kurang. Alhamdulillah, hubungan itu dah indah dan lebih mesra.

“Susah nak cakap sebab hati dan rasa ini datang dari DIA. Mungkin juga sebab saya muhasabah diri. Saya banyak berseorangan.

“Dan saya letak tidak ada dendam dan juga musuh. Saya tak mahu kemudian hari ada cakap-cakap yang tidak elok.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu juga bersyukur apabila Tuhan tidak takdirkan dia untuk menemui pengganti dalam tempoh tiga bulan tersebut.

“Selepas bercerai, saya boleh buat keputusan sendiri dengan saya boleh sahaja temui cinta baru dalam hidup tetapi saya tak fikir ke arah itu.

“Ia ibarat Allah selamatkan saya supaya saya tak tergerak hati fikir ke situ dan mungkin kerana itu juga Allah satukan kami kembali.

“Diana juga sama, ketika itu dia tidak berkawan dengan sesiapa. Dia juga muhasabah diri,” ujarnya.

Zamarul juga sempat menitipkan pesanan buat pasangan yang sedang menempuhi detik sukar dalam rumah tangga.

“Andai kata berlaku pergaduhan ataupun perceraian, cuba tanamkan di hati dengan soalan ‘kenapa aku pilih dia’, ‘kenapa aku kahwin dengan dia’ dan ‘kenapa Allah jodohkan aku dengan dia’.

“Kita akan dapat jawapan. Selepas berkahwin pula kita akan nampak kekurangan dia. Bila masing-masing nampak kekurangan itu, maka perlu duduk berbincang.

“Dan di situ akan berbalik kepada ego, kalau masing-masing ego, masalah tak akan selesai. Dan jika masing-masing buang ego, Insya-Allah sekiranya jodoh masih panjang, perkara itu akan berjalan lancar,” titipnya.

Untuk rekod, Zamarul dan Diana mengesahkan lafaz rujuk pada 14 Mei 2015 di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam selepas kira-kira tiga bulan cerai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Jun 2019

Kerap Buat Perkongsian, Altimet Mengaku Lebih Mahir Berkomunikasi

Dalam perkembangan lain, Altimet  kini sibuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah dalam bidang Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Hiburan Sun, 25 Aug 2019

Waris Takut Buat Facial?

Kenapa ni waris?

Events Thu, 30 Aug 2018

Seindah Dan Secantik Orkid Cattleya, Dai’ Ini Dapat Pujian?

 “Secantik dan Seindah Orkid Cattleya” apakah maksud disebalik pujian ini?

Trending Wed, 1 Nov 2023

Tampil Bersuara Leraikan Spekulasi Rumah Tangga Goyah, Aliff Teega Baik-Baik Saja Dengan Aisyah Hijanah

Jangan cakap bukan-bukan tau geng! Lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri…doa yang baik baik saja buat Alif dan Aisyah❤️❤️🫶🏻

Featured Tue, 28 Sep 2021
Featured Wed, 11 May 2022
Featured Thu, 8 May 2025

Jawapan Bakal Terbongkar! 4 Juta Penonton Dijangka Saksikan Episod Akhir ‘Keluarga Itu’

Keluarga Itu antara drama karya tempatan paling berpengaruh tahun ini.

Trending Wed, 31 Mar 2021

Sweet Sungguh! Harris Alif Hadiahkan Lagu Baru Buat Intan Ladyana

Baru saja mendirikan rumah tangga dengan cinta hatinya, aktres Intan Ladyana pada 5 Februari lalu, penyanyi, pelakon, dan pengacara Harris Alif, 22, pastinya kini diulit kebahagiaan. Demi mengabadikan rasa cinta mendalamnya terhadap isteri, Harris tidak […]

error: Content is protected !!