Euforia Bola 2026
Trending By: Syamir Shafie November 1, 2023 @ 9:01pm

Tampil Bersuara Leraikan Spekulasi Rumah Tangga Goyah, Aliff Teega Baik-Baik Saja Dengan Aisyah Hijanah

Baru-baru ini, tular isu rumah tangga pasangan usahawan dan pempengaruh media sosial, Alif Teega dan Aisyah Hijanah yang dikatakan goyah akibat diserang penyakit hasad dengki atau ‘ain’ berpunca daripada perbuatan orang luar.

Kebahagian rumah tangga mereka cuba diranapkan oleh pihak ketiga.

Justeru, bagi meleraikan segala spekulasi yang timbul, Alif telah memuat naik sebuah video satu minit 51 saat di laman TikTok miliknya semalam.

Aliff mengakui rumah tangga mereka diuji namun tidak sampai ke tahap penceraian kerana masih dapat dikawal.

Dedah Alif, Aisyah telah membawanya mendapatkan perubatan dan kesemua ustaz yang merawat memberitahu Alif terkena sihir pemisah.

Menurut Alif, sihir yang dihantar telah merosakkan hubungannya dengan isteri, persahabatan, kekeluarga dan kerugian perniagaan.

“Aisyah bawa saya berjumpa tiga orang ustaz. Jawapan semua sama, satu penyakit ain kedua, berkaitan sihir pemisah,” jelasnya.

Sementara itu, ekoran Alif banyak membuat hantaran di TikTok berkaitan ‘move on’ atau melepaskan, Alif menyangkal tanggapan netizen yang seakan-akan memberi gambaran Alif bakal berpisah dengan Aisyah.

Baginya, hubungan mereka baik-baik sahaja dan sedang diperbaiki.

“Korang jangan risau, tiada apa pun yang berlaku. Tiada nak bercerai berai pun, inilah ujian. Orang bujang diuji, orang yang sudah berumah tangga pun diuji,” katanya.

Alif turut meluahkan rasa tertekan apabila netizen kerap bertanya soal masalah rumah tangganya.

“Orang keep on asking, Alif jadi hilang emosi. Orang boleh kata sabarlah Alif, tapi orang takkan faham sebab tak duduk di tempat kita,” katanya lagi.


Alif turut menjelaskan tindakannya sehari lepas yang mempersoalkan perbuatan Aisyah menceritakan konflik rumah tangga sewaktu siaran langsung TikTok.

Menurutnya, dia tersalah faham kerana mengesyaki Aisyah membongkar aib keluarga sebaliknya Aisyah hanya menceritakan perkara yang sebenar terjadi.

Dia yang beremosi pada waktu itu gagal menahan amarah meskipun di hadapan kamera.

Alif turut meminta warganet untuk bersangka baik dan tidak lagi mengecam mereka atas apa yang berlaku.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 8 Jul 2019

Gara-gara Telefon Bimbit, Adik Sanggup Kelar Dan Sumbat Abang Kandung Dalam Beg Plastik

Dimanakah silapnya? Adakah silap datangnya dari ibu bapa atau, pengaruh sekeliling?

Featured Tue, 12 Aug 2025

Safwan Nazri Kongsi Pengalaman Mistik Selepas Penggambaran Podcast – “Saya Pernah Nak Campak Anak Sendiri”

Safwan Nazri terbuka berkongsi pengalaman mistiknya sepanjang menjadi hos podcast ‘Sembang Seram’.

Trending Mon, 8 Jul 2019

Kes Pelajar UPNM Didera, Diseterika Dan Dibunuh Bakal Diketahui 31 Julai Ini

Keadilan buat Zulfarhan Osman bakal diketahui 31 Julai ini

Featured Fri, 23 Sep 2022

“Sebab Baru 9 Bulan…” – Sedang Mengenali Seseorang, Nasha Aziz Tersipu Malu Disoal Mengenai Bunga

Comel je tengok Nasha malu-malu cakap pasal teman istimewa tu 🙈🥰

Trending Mon, 28 May 2018

12 Epic Quotes by Tun Mahatir That We All Love

Our 7th Prime Minister is very witty indeed.

Featured Tue, 14 Sep 2021
Featured Sat, 26 Mar 2022
Hiburan Fri, 20 Oct 2023
error: Content is protected !!