Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul April 2, 2020 @ 2:20pm

“Janji Boleh Berlumba Ke Syurga,”- Man Raja Lawak Sanggup Jual Kereta Dan Motor Bantu Golongan Susah

Tidak dinafikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, ramai golongan yang terjejas akibat tidak dapat keluar bekerja untuk menampung pendapatan harian.

Terkesan dengan kesusahan golongan seperti ini, pelawak Man Raja Lawak membuat keputusan untuk menjual kereta dan motor berkuasa tingginya bagi tujuan membantu rakyat Malaysia yang lebih memerlukan.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Man menerusi akaun Instagram miliknya. Sebelum ini, Man juga bertindak mendermakan wang tunai bernilai RM50,000 hasil kemenangannya ketika menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2019.

View this post on Instagram

Rest jup

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

Menurut Man lagi, dia menjual kereta dan motornya dengan harga mampu milik bagi tujuan menambah dana untuk membantu golongan yang lebih memerlukan. Beribu permohonan telah diterima menerusi Direct Messenger di Instagram dan kesemuanya perlu dibantu walaupun mereka hanya meminta jumlah wang yang sedikit.

Menerusi entri Man lagi, rakannya telah mengajukan soalan bagaimana man ingin membawa keluarganya pergi ke mana-mana jika tidak mempunyai kereta.

“Kalau Anju boleh pakai Satria Neo, kenapa saya tidak boleh pakai kancil? janji boleh berlumba ke syurga,”

Namun pelawak ini telah menutup ruangan komen di setiap posting di Instagram miliknya.

Mulia sungguh hati Man. Di saat selebriti lain berdebat memperjuangkan hak mereka sebagai artis, Man pula sanggup berkorban harta demi membantu rakyat marhain yang lebih memerlukan. Semoga segala urusan Man dipermudahkan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 14 Dec 2024
Featured Tue, 26 Dec 2023
Events Mon, 16 Jun 2025
Featured Mon, 8 May 2023
Trending Thu, 22 Mar 2018

「爱睡症患者」肯定都这样!

插画艺术家LiNGViSTOV是一个来自俄罗斯的团队所组成,他们当初透过Skype学英文而认识,因为热爱卡通、插画因而开始创作。「爱睡症患者」才懂的嗜睡插画就此诞生!

Trending Wed, 7 Aug 2019

Kenapa Datuk Bandar Diarah Pakai Pakaian Wanita?

Kenapa ya sampai begitu sekali ,mesti ada yang tak kena kan?

Featured Fri, 17 May 2024
error: Content is protected !!