Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin June 16, 2025 @ 1:16pm

Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri & Syamel Tampil Single Baru ‘Hadiah’ Buat Peminat – “Konsert Nanti Kami Mahu Peminat Nyanyi Bersama”

Penyanyi popular, Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel memaklumkan bakal tampil dengan single baharu sebagai ‘hadiah’ buat peminat.

Kata Anuar ketika ditemui XTRA usai sidang media Konsert Empat yang berlangsung baru-baru ini, lagu baharu tersebut bakal mendapat sentuhan penulis dan penyanyi popular, Edry Abdul Halim.

“Dia (Edry) adalah penulis dan pengarah muzik yang bijak. Saya pernah bekerja dengannya ketika merakamkan lagu Seditik Lebih beberapa tahun dulu.

“Lagipun, dia tahu karakter kami berempat, jadi ia memudahkan kami semua. Dia juga ada bertanyakan pendapat mengenai susunan muzik yang kami mahukan.

“Dan, sebenarnya kami juga diberi dua pilihan lagu namun tertarik dengan satu lagu ciptaannya jadi kami berempat terus bersetuju selepas mendengar lagu tersebut.

“Kami mahu apabila menjelangnya konsert, peminat boleh menyanyikan lagu itu bersama-sama,” katanya.

Dalam pada itu,  pelantun lagu Lelaki Ini itu berkongsi, proses adunan lagu tersebut akan dilakukan Edry di Manchester, United Kingdom (UK) dek kerana dia kini menetap di sana.

Mahu peminat pulang dengan ‘puas’

Sebagi penganjur, Anuar berkata, fokus dan keutamaannya adalah menghasilkan sistem bunyi yang baik  kerana mahu peminat pulang dengan perasaan yang puas.

“Kalau ada vokal yang baik dan pakaian yang cantik, tapi sistem bunyi lebih kurang sahaja kerana hendak kejar untung lebih, saya takut perkara itu akan mengganggu fikiran saya berbulan-bulan.

“Bagi saya, konsert perlukan sistem bunyi terbaik. Saya mahu apabila persembahan kami dimuat naik dalam media sosial, peminat boleh dengar dengan jelas muzik dan nyanyian kami.

“Lagipun saya bertanggungjawab kerana mereka mengeluarkan duit yang banyak untuk datang ke konsert kami. Jadi, kami mahu mereka pulang dengan perasaan puas,”jelasnya.

Sekadar info, Konsert Empat Live In Kuala Lumpur 2025 yang akan menampilkan persembahan Ziana, Anuar, Ernie dan Syamel akan berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 18 Oktober depan..

Ia dibawakan oleh Anuar Zain Network dengan kerjasama AltusProHouse dengan Sze Wan bertindak sebagai Pengarah Muzik dan Jennifer Thompson sebagai Pengarah Konsert.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 20 Feb 2019

Rahsia Kulit Flawless Buat Gadis ini Viral Di Twitter

Perkongsian seorang gadis di laman twitter mengenai rahsia untuk mendapatkan kulit yang licin dan cantik menyebabkan gadis ini menerima sehingga 23,973 likes di Twitter.

Contest Mon, 17 Dec 2018

#xtraGiveaway: Spend this New Year’s Eve Partying in Zouk Genting

You’ll be winning free entrance to the hottest party of 2018 AND 2019!

Selebriti Wed, 14 Feb 2024
Hiburan Fri, 14 Feb 2025

[VIDEO] Aina Abdul Sedih Bakat Sering Dibandingkan Dengan Penyanyi Wanita Lain

Aina Abdul sedih dibandingkan dengan penyanyi wanita

Trending Wed, 14 Mar 2018

KL Special Force Catat RM4.7 Juta Dalam Tempoh 4 Hari, Gadis Cantik Ini Buat Ucapan Istimewa Untuk Datuk Rosyam Nor! Alahai ‘Sweet’nya…

Tambahan pula Rosyam semakin tua semakin kacak, pastinya tidak menghairankan kalau ada gadis muda secantik Anis mahu mendampinginya…
 

Hiburan Sun, 19 Oct 2025

Konsert Spider Unplugged Tetap Diteruskan Walau Berdepan ‘Lockdown’

Konsert Spider Unplugged yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Oktober ini tetap on!

Hiburan Tue, 14 Nov 2017

LAYAK KE, ALTIMET?

Ramai pihak yang cuba mempertikaikan keputusan juri pada pemilihan lagu AJL32 kali ini.

Featured Fri, 30 May 2025

Tomok Muncul Dengan ‘Larut’, Single Terbaharu Sarat Jiwa & Simbol Kematangan

proses penciptaan lagu ini melibatkan ‘pembedahan kreatif’ menyeluruh.

error: Content is protected !!