Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops August 2, 2019 @ 12:00pm

Wanita, 107, dedah rahsia umur panjang: ‘Saya tak pernah kahwin’

Bukan selalu kita kenali atau jumpai individu yang dikurniakan umur yang panjang. Bagi anda yang berjaya hidup hingga mereka berumur lebih 100 tahun, syabas!

Tetapi mesti orang lain tertanya-tanya, apakah rahsia mereka?

Tanggapan lazim ialah amalan gaya hidup sihat yang melibatkan pengambilan makanan berkalori rendah serta rutin senaman yang konsisten.

Bagaimanapun, anda mungkin takkan dapat jangka jawapan yang diberikan oleh Louise Jean Signore, seorang wanita yang baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-107.

“Saya rasa rahsia untuk 107 ialah saya tak pernah berkahwin. Saya rasa itulah rahsianya,” kata Louise ketika ditemubual oleh CBS.

Louise berkata lagi yang adik perempuannya sendiri sering meluahkan rasa kesal kerana telah mendirikan rumah tangga. Dan nampaknya kebolehan Louise untuk hidup lama bukan disebabkan oleh tuah. Sebaliknya ia mungkin keturunan kerana adiknya juga panjang umur: usianya 102 tahun!

Dilahirkan pada tahun 1912 di Harlem, Manhattan, Louise kemudiannya berpindah ke Bronx, Manhattan ketika berusia 14 tahun. Di situlah kediamannya sampai sekarang.

Selepas bersara, dia menari hampir setiap hari dan boleh bermain permainan Bocce dengan mahir. Daripada dulu lagi Louise hidup bersendirian, dan dia mendedahkan itulah sebab hidupnya kurang stres.

Louise juga ada memberitahu mengenai ¹ yang dia amalkan sejak kecil. “Masakan Italian memang bagus untuk anda. Saya dibesarkan dengan hidangan yang bagus-bagus; tiada air soda, tiada kek.”

Namun begitu, hidup Louise bukanlah 100 peratus sempurna. Dia disahkan buta, berjaya menangani penyakit pneumonia yang serius dua tahun lalu dan juga berjaya mengharungi kejadian ngeri apabila dia diserang dan dirompak di dalam rumahnya sendiri ketika berusia 103 tahun.

Bagaimanapun, Louise memilih untuk teruskan hidup.

Foto: New York Post

Pada 30 Julai lepas, Louise menyambut hari jadinya yang ke-107. Rakan-rakannya mengadakan sebuah parti untuknya di Pusat Komuniti Warga Tua JASA Bartow di Coop City, Bronx.

Lebih 100 orang telah hadir, tetapi Louise bertanya, “Kenapa perlu susah-susah? Saya dah cakap yang saya dah selalu sangat ada parti.”

Foto: WCBS

Sifatnya yang bersahaja membuatkan orang di sekelilingnya gembira, termasuklah mereka yang berdekad lebih muda daripadanya.

“Dia tak menggunakan tongkat ataupun kerusi roda. Dia pergi shopping sendiri. Dia memang hebat,” kata rakan Louise, Deborah Whitaker.

“Saya rasa hubungannya dengan jiran dan rakan di pusat komuniti ini membantunya untuk teruskan hidup dengan pemikiran positif,” kata Aisha Parillon, pengarah kanan JASA Bartow.

Louise berkata, “Jika (warga tua lain) bersenam, saya pun bersenam. Jika mereka menari, saya ikut sama. Selepas makan tengah hari, saya main Bingo. Hidup saya sentiasa penuh dengan aktiviti.”

Jadi maksudnya, jika anda hidup bahagia tanpa stres, anda berpotensi untuk hidup lebih lama. Jom cuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 30 Apr 2023
Trending Thu, 22 Apr 2021

Scha Alyahya Akui Jarang Ada Masa Dengan Awal Ashaari?

Tapi love sangat couple ni! Dia punya stylo tu jangan cakap lah…♥

Hiburan Thu, 19 Mar 2026

Anna Jobling, Julia Farhana & Muhsin Nadzli Bintangi Filem Raya ‘Tak Terjawab’, Timbalan Perdana Menteri Turut Buat Penampilan Istimewa Dalam Naskhah Sarat Emosi

Anna Jobling, Julia Farhana & Muhsin Nadzli menjadi tunjang utama filem pendek Aidilfitri 2026 berjudul Tak Terjawab. Siap ada penampilan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Haji Fadillah Haji Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga & Transformasi Air!

Hiburan Wed, 21 Aug 2024
Eat Travel Sat, 28 Mar 2020

Manfaatkan kebaikan telur dengan resipi pantas ini

Beri nilai tambah dengan sayur atau salad

Hiburan Fri, 27 Oct 2023
Featured Mon, 13 May 2024

Gerakan #Blockout2024 Dilancar, Nadhir Nasar Tampil Bersuara – “Teruskan Usaha Untuk Lawan, Saya Buat Apa Yang Mampu”

Benda jadi di luar batas kemampuan. Yang penting kita jalankan tanggungjawab kita selagi mampu okay!💪

error: Content is protected !!