Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir April 30, 2023 @ 11:14am

Fadlan Hazim Sah Bertunang Dengan Wanita Kazakhstan, Perlu Lalui Ujian ‘Kelelakian’

Pelakon Fadlan Hazim memaklumkan dirinya sudah bertunang dengan wanita kelahiran Kazakhstan iaitu Aiya Mukhamedsalova pada 1 Oktober tahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Fadlan atau nama sebenar Fadlan Hazim Anuwar memberitahu majlis tersebut berlangsung di kediaman Aiya di Kazakhstan.

“Saya berjumpa dengan keluarganya secara sendirian di Kazakhstan pada Oktober tahun lalu.

“Majlis pertunangan kami hanya berlangsung secara ringkas dan hanya membabitkan anggota keluarganya sahaja,” katanya.

Berkongsi mengenai pertemuan dengan keluarga tunangnya, pelakon Chinta Arjuna ini sempat mengenali budaya masyarakat di sana yang cukup unik dan menarik.

“Sebelum berkahwin, kaum lelaki di sana perlu melalui beberapa ujian bagi menguji ‘kelelakian’ serta kesungguhan untuk berumah tangga. 

“Saya pun tak tahu perlu melalui ujian terbabit. Tunang saya juga tidak beritahu mengenai perkara itu cuma dia minta saya hanya lakukan sahaja apa yang disuruh. 

“Antara yang perlu saya lakukan adalah berjalan di atas paku, menunggang kuda dan minum susu kuda. 

“Saya juga dibawa mendaki gunung dalam keadaan suhu yang amat sejuk. Bayangkan saya perlu mendaki gunung tanpa memakai baju tebal,” jelasnya.

Disoal tentang perancangan mendirikan rumah tangga, Fadlan memberitahu majlis perkahwinan mereka dijangka berlangsung pada hujung tahun ini.

“Belum ada tarikh yang pasti lagi. Buat masa ini, saya sibuk menguruskan dokumen berkaitan kerana ia membabitkan perkahwinan dengan warga asing dan di luar negara. 

“Saya juga percaya sudah sampai masanya untuk saya berkahwin kerana semua kawan-kawan sudah beristeri dan usia pun semakin meningkat,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Jan 2020

Emma Maembong Tak Tolak Jodoh Walaupun Sering Putus Cinta

Orang cantik mesti ramai yang minat!

Featured Tue, 22 Oct 2024

Neelofa Mengaku Masih Belajar, Tak Layak Kongsi Tips Rumah Tangga – “Rahsia Rumah Tangga Sudah Pasti Ada Susah Senangnya”

“Selagi seorang suami atau isteri ikut perintah agama dan Allah, semampu dan sebaiknya, insya-Allah segalanya akan dipermudahkan”- Neelofa

Hiburan Thu, 27 Mar 2025

Tiada Had Harga! Suami Fatin Afeefa Tunaikan Janji Belanja Pekerja Baju Raya, Perbelanjaan Cecah Lebih RM12,000

Suami Fatin Afeefa berkongsi rezeki dengan pekerja-pekerja belanja baju Raya

Featured Tue, 18 May 2021

Semakan Dan Penebusan RM 150 E-Wallet Bermula 1 Jun 2021

Khas buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia, anda layak untuk menerima bantuan kredit eWallet menerusi Program eBelia RM150 melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA). Kerajaan memperuntukkan bantuan  sebanyak […]

Events Fri, 3 Aug 2018

Jurnal Minggu Ke-3 : #daiTV3 Bersama Menjaga Kebersihan

Nak tahu apakah agaknya aktiviti para pendakwah Nusantara kita pada minggu ini. Jangan lupa saksikan Jurnal #daiTV3 hanya di xtra.com.my

Hiburan Sat, 27 Dec 2025

Dayana Roza Mohon Doa Diberi Kekuatan Besarkan Dua Anak

Dayana Roza berharap Allah SWT melipat gandakan rezekinya agar dapat membesarkan anak-anak dengan baik.

Hiburan Wed, 15 Oct 2025

Farahdhiya Imbau Pengalaman Seram Ketika Sertai Pertandingan Nyanyian, Trauma Hilang Suara Secara Misteri

Farahdhiya imbau perkara mistik suara hilang tiba-tiba ketika sertai pertandingan nyanyian

Featured Thu, 9 Jun 2022
error: Content is protected !!