Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 27, 2025 @ 10:47am

Dayana Roza Mohon Doa Diberi Kekuatan Besarkan Dua Anak

Pelakon, Dayana Roza memohon orang ramai untuk mendoakan dirinya diberi kekuatan setelah bergelar ibu tunggal untuk membesar dua cahaya matanya yang masih kecil.

Menerusi hantaran di platform Threads, Dayana atau nama penuhnya Nur Dayana Kamsun Baharin, 34, berharap Allah SWT melipat gandakan rezekinya agar dapat membesarkan anak-anak dengan baik.

“Happy mom, happy kids, Insya-Allah. Semoga Allah luaskan pintu rezeki dan diberi kesihatan yang baik supaya boleh besarkan dua nyawa saya dengan sempurna. Amin.

“Tak minta banyak, minta yang baca ciapan sayaini doakan yang baik-baik dan aminkan ya,” katanya.

Menjengah ke ruangan balas, ada segelintir rakan selebriti yang turut menitipkan kata-kata sokongan buat Dayana agar terus kuat menjalani kehidupan selepas fasa perceraian.

Sekadar info, Dayana mendedahkan rumah tangganya dengan bekas suami, A’dale Adham Ayahudi sah terlerai dan berpisah talak satu pada 18 Disember lalu.

Untuk rekod, Dayana dan A’dale mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2020 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak iaitu Astrid Raheeya, 4, dan Aryan Andika, 2.

Artikel Berkaitan: Kini Dalam Tempoh Idah, Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu 18 Disember Lalu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 20 Jan 2021

Selangor Umum Pakej Khas Bantu Rakyat, Fokus Kepada B40, Warga Emas Dan Mahasiswa

Pakej Kita Selangor pastinya memberi banyak kebaikan buat rakyat!

Featured Mon, 18 May 2026

Netizen Puji Fattah Amin Ajar Anak Mengaji  – “Beautiful Family! Sama-Sama Solat & Luang Masa”

Tindakan pelakon dan penyanyi, Amira Othman berkongsi momen memperlihatkan suaminya yang juga pelakon popular, Fattah Amin bersama anaknya, Fatima Aisya mencuri perhatian.

Hiburan Fri, 19 Jan 2018

Dunia Saya Terasa Gelap – Aidil Aziz

Aidil Aziz menyifatkan dunianya terasa gelap ketika dalam penjara sehingga menjadi tertekan kerana tidak tahu apa perlu dilakukan!

Featured Thu, 24 Aug 2023

‘Backup’ Suami Isu Poligami, Isteri Pertama Abang Tesla Tampil Beri Respons Padu

Kita doakan je lah yang baik-baik eh😔 Benda dah jadi, nak bising pun tak berguna!

Trending Mon, 19 Aug 2019

Enraged Fans Started #TreatLuaBetter After Weki Meki’s Recent Comeback

Fans felt betrayed when Lua, one of the 8-member girl group Weki Meki received unfair treatment.

Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Sweet! Awi Rafael Cipta Lagu Untuk Tunang Tersayang

Lagu Rahasiaku ini saya cipta ketika dalam proses mengenali hati budi dia…Romantiknya Awi!

Featured Fri, 30 Sep 2022
Trending Thu, 30 Aug 2018
error: Content is protected !!