Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 9, 2022 @ 4:54pm

Rizalman Dedah Scammer Menyamar Jadi ‘Permaisuri Agong’ Minta Transfer RM3,000 – “Nasib Double-Check, Ampun Tuanku”

Pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim tampil mendedahkan mengenai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan syarikatnya, Faizul Surani yang hampir terpedaya dan menjadi mangsa scammer yang dikatakan menyamar sebagai Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Perkongsian tersebut dimaklumkan menerusi sebuah tangkap layar perbualan kedua pihak tersebut di Instagram Story miliknya.

Menerusi tangkap layar tersebut, scammer berkenaan bertindak menyamar sebagai Tuanku Permaisuri Agong telah meminta wang berjumlah RM3,000 disalurkan kepada pemilik akaun seorang lelaki bernama Khairul Ikhwan.

Rizalman bagaimanapun bersyukur pihaknya sempat membuat pemeriksaan dan pengesahan terlebih dahulu dengan Permaisuri Agong sebelum memindahkan wang berkenaan kepada si pelaku.

“Mohon hati-hati dengan scammer, mereka sudah berjaya menceroboh ke Telegram.

“Jangan terpedaya dengan scammer. Nasib ‘double check’ dengan Tuanku, ampun Tuanku,” coretnya ringkas.

Susulan kejadian tersebut, Rizalman turut meluahkan rasa kecewa dan berang apabila individu berkenaan sanggup menyamar menjadi orang lain semata-mata mahu mendapatkan wang dengan cara yang mudah.

Lebih mengecewakan apabila individu berkenaan menggunakan nama ‘Permaisuri Agong’ untuk taktik kotornya.

“Kenapa lah makin menjadi-jadi k*s*t*n*n manusia ni kan?” tulisnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Apr 2018

One Republic Live In Malaysia, Peminat Berpeluang Beraksi Di Atas Pentas Mereka?

Berita baik buat peminat Kumpulan One Republic! Sempena konsert One Republic Live in Malaysia pada 25 April nanti, Pihak WGW Entertainment telah menganjurkan satu pertandingan nyanyian bagi mencari bakat baharu. Dan, pertandingan ini bakal dirasmikan […]

Featured Sat, 11 Feb 2023

“Sempat Beribadah, Tapi Hati Kotor! Jahil Lagi Kamu“ -Shakilla Khoriri Tegur Siapa Tu?

“Stop menunding jari pada orang lain. Lihat keliling kamu. Adakah ahli keluarga kamu manusia yang BAIK?” Alamak, Shakilla marah siapa tu?

Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Eat Travel Fri, 7 Dec 2018
Featured Tue, 1 Aug 2023

Sedihnya! Bell Ngasri Terkilan Trofi Utama ABPBH 35 Bengkok – “Hati Saya Remuk! Tak Tahu Pun Kena Letak Dalam Kotak”

Alahai, sedihnya sedangkan kereta calar sedih, apatah lagi trofi abpbh ni😱😱😱

Hiburan Sat, 12 Jul 2025

Tamat Zaman Solo, Shasha Abedul Selamat Bernikah Dengan Adam

Selamat pengantin baru Shasha Abedul & Adam!

Replicated Draft Mon, 4 Mar 2024

Banyak Telekung Lama? Trade-in Jer Dengan Yang Baru Di Butik Siti Khadijah Hari Ini!

Telekung ni dah menjadi aksesori atau kelengkapan wajib buat setiap wanita Muslim. Islam kan menganjurkan keindahan, begitu jugalah dengan wanita yang sukakan kecantikan, pantang nampak telekung cantik, mesti nak bertukar-tukar. Berita baik untuk penggemar telekung […]

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

黄浚维泪洒记者会!歌唱老师圆10年梦发片

从事教育工作有10年时间的Jinv黄浚维,为了自己的歌唱热诚圆一个梦想,终于推出个人首张专辑《你为什么要唱歌?》;从歌唱老师晋升歌手的他,好友和爱徒纷纷现身记者会,让他不禁泪洒现场。

error: Content is protected !!