Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 27, 2023 @ 5:15pm

Shuk Sahar Mohon Peluang Kedua, Harap Diberi Tawaran Lakonan – “Memang Nak Sangat! Sekarang Saya Hanya Berniaga”

Pelawak dan pengacara kontroversi, Shuk Sahar berharap agar ada peluang kedua buat dirinya terutamanya untuk kembali aktif dalam dunia lakonan.

Memetik laporan Utusan,  Shuk berkata, sudah hampir dua tahun dia meninggalkan industri seni tanah air, justeru dia memohon agar ada penerbit drama ataupun filem yang sudi memberikan tawaran kepadanya.

“Kalau ada peluang berlakon, memang saya nak. Saya betul-betul mengharap.

“Baru-baru ini ada tawaran, tetapi bertindih pula dengan acara di Singapura. Jadi, terpaksa saya tolak,” katanya.

Dalam pada itu, Shuk mengaku dia kini sibuk menjalankan perniagaan demi kelangsungan hidup.

Bahkan, dia juga berharap agar netizen tidak terus menerus menghukumnya dan memulaukannya dalam industri seni tanah air.

” Jujur saya memang rindu nak kembali berlakon kerana sudah dua tahun saya tinggalkan dunia itu.Buat masa sekarang, saya hanya berniaga untuk kelangsungan hidup.

“Jadi, bagi penerbit yang masih ingat saya, saya ingin maklumkan, saya benar-benar mahu kembali berlakon.

“Diharapkan peluang masih ada untuk saya,” jelasnya.

Sebelum ini, Shuk atau nama penuhnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 37, terpalit dengan isu kontroversi melibatkan rumah tangganya sehingga dia menerima kritikan hebat dalam kalangan warganet.

Malah, disebabkan konflik tersebut, Shuk juga terpaksa menjual rumah banglo miliknya bernilai RM1.2 juta demi meneruskan kehidupan.

 

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 Oct 2019
Hiburan Wed, 30 Oct 2019

「金嗓天后」蔡琴明年2月15日槟城首唱!

曾来马举办过无数次演唱会的蔡琴,这回首次到「大马东方之珠」槟城开唱,邀请知音们共赴一场《风华绝代》的经典之夜。

Hiburan Thu, 24 Oct 2019

Sweet Qismina Tampil Kelainan Apa Tu?

Sekali sekala tampil dengan imej yang berbeza apa salahnya kan?

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

‘Semoga Bahagia Ke Anak Cucu’- Qi Razali Gembira Dengar Nelydia Bakal Berkahwin

Masing-masing dah move on… jangan kata Qi sedih pulak tau!

Hiburan Sat, 7 Sep 2019

Hanis Zalikha Jual Minyak?

Minyak masak macam Alif Satar ke?

Trending Wed, 3 Apr 2019

Netizen tersentuh Park Bo Gum mengalunkan lagu Belaian Jiwa semasa siri jelajah di Malaysia

Sebutan katanya semasa nyanyian seolah-olah penyanyi tempatan.

error: Content is protected !!