Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 7, 2025 @ 6:57pm

Bukan Gimik, Tular Video Azlan Komeng & Bakal Isteri Beli Barang Kahwin – “Takkan Anak Mat Salleh Disamakan Dengan Penyondol”

Kelibat pelakon, Azlan Komeng bersama seorang wanita yang dipercayai bakal isteri keduanya iaitu Maizila sedang membeli-belah dipercayai membeli barang kahwin tular di media sosial.

Menerusi video yang tular di platform TikTok itu, Azlan atau nama lengkapnya, Muhammad Azlan Kamiran bersama seorang wanita berniqab berada di butik telekung jenama terkenal.

“Ini rupanya bakal isteri kedua Azlan, ada orang nampak mereka keluar beli barang kahwin,” tulis individu di kapsyen video tersebut.

@sukakomen016

Oh ni rupanya bini 2 Azlan Komeng ya Kantoi ada orang nampak dorang keluar beli brg kahwin. #meloditv3 #mstar #ohbulan #gempak #utusan #harianmetro #beritaharian #fyp #azlankomeng @Astro Gempak Store @Melodi tv3 @mStar Official @OHBULAN! @Media Hiburan

♬ original sound – sukakomen – sukakomen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seolah-olah telah mempercayai kenyataan isteri Azlan, Nur Nilam Ortiz yang sebelum ini mengenaskan konflik rumah tangganya diganggu penyondol adalah benar.

Malah, netizen juga membuat perbandingan antara wanita tersebut dan Nilam dari segi gerak geri tubuh badan dan warna kulitnya.

Sementara itu, Nilam turut mencuri tumpuan apabila meninggalkan komen di perkongsian tersebut mengatakan dia mahu berkongsi semula video tersebut di akaun media sosialnya.

“Macam mana la anak Mat Salleh boleh kata sama dengan penyondol? Minta izin saya share dan post semula ya,” tulisnya.

Terdahulu, Nilam tampil menafikan wanita berniqab yang tular bersama Azlan di dalam sebuah kereta itu adalah dirinya.

Sebelum ini, Nilam mendedahkan Azlan bakal berkahwin untuk kali kedua.

Susulan perkembangan itu, Nilam hadir ke Mahkamah Syariah pada 9 April lalu bagi memfailkan permohonan fasakh.

Sekadar info, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

Artikel Berkaitan: “Demi Tuhan Aku Takkan Maafkan!” – Terima Banyak Fitnah, Nur Nilam Ortiz Nafi Wanita Berniqab Bukan Dirinya

Artikel Berkaitan: Akui Dah Tuntut Fasakh, Nur Nilam Dakwa Azlan Komeng Sulitkan Proses Cerai

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 15 May 2019

Biadap! Remaja Bersikap Kurang Ajar Tolak Motosikal Pak Cik Tua Kini Viral Di Twitter

Kurang ajar! Bayangkan kalau situasi ini berlaku kepada ayah kita sendiri..

Hiburan Tue, 3 Sep 2019

Aliff Aziz dan Kontroversi Berpisah Tiada

Mungkinkah Aliff berdepan dengan masalah psikologi (depresi/tekanan jiwa)?

Events Fri, 20 Dec 2024

[VIDEO] Isteri Along Cham Janji Akan Tuntut Keadilan, Dakwa Suami Jadi Mangsa Penganiayaan

Isteri Along Cham dedah konologi ketika kejadian suaminay ditangkap.

Hiburan Fri, 11 Oct 2019

坚守岗位12年!Jym庄靖毅告别电台往梦想出发

Jym庄靖毅在电台值班长达12年后,决定踏出自己的舒适圈,宣布即将告别DJ生涯,将于10月25日进行最后一次当班。

Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Mafarikha Beri Inspirasi Kongsi Wajah Dahulu Dan Sekarang

Walaupun zaman sekarang kelihatannya golongan remaja sangat menitikberatkan penampilan sehingga ada yang obses dengan penampilan artis Korea, namun bagi Mafa apa yang penting adalah sentiasa memanfaatkan usia muda mereka.
 

Hiburan Sun, 2 Feb 2020

Tahniah…Vanessa Angel Bakal Bergelar Ibu!

Alhamdulillah…Tahniah Vanessa & Bibi!

Hiburan Mon, 26 Nov 2018
Featured Tue, 11 Apr 2023

“Sedarkah Dosa Kamu Yang Telah Menghancurkan Masjid & Buat…” – Luahan Patimah Ismail Curi Perhatian

Sebaknya min 😢 Ibu mentua sedih terpaksa melepaskan menantu kesayangan

error: Content is protected !!