Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida May 14, 2018 @ 3:03am

Gempar! Indonesia Kembali Berdarah

Allahuakbar! Sekurang-kurangnya 13 orang maut dan puluhan lagi cedera dalam kes pengemboman bunuh diri di tiga gereja Indonesia ketika sesi keagamaan semalam.

Enam sekeluarga termasuk dua kanak-kanak perempuan dilaporkan terlibat dalam kejadian serangan didakwa Daesh!

Pengeboman di tiga gereja itu adalah yang terburuk di Indonesia selama bertahun, ketika negara majoriti Islam di dunia itu bergelut menangani militan tempatan dan meningkatkan sikap tiada toleransi terhadap minoriti agama.

Tambahan tiga orang maut dan dua lain cedera apabila sebutir bom meletup di sebuah kompleks pangsapuri di sini, bandar kedua terbesar Indonesia, beberapa jam kemudian, kata polis namun tiada siapa mengaku bertanggungjawab.

Ketua polis Indonesia, Tito Karnavian berkata, pengebom gereja, pasangan suami isteri, dua anak perempuan berusia sembilan dan 12 tahun serta dua anak lelaki berusia 16 dan 18 tahun dikaitkan dengan rangkaian pelampau tempatan, Jamaah Ansharut Daulah (JAD), yang menyokong Daesh.

Laporan media tempatan berkata, mereka mungkin baharu pulang dari Syria, di mana ratusan rakyat Indonesia berkumpul berjuang bersama Daesh.

Wanita terbabit dikenal pasti sebagai Puji Kuswati dan dua anak perempuannya memakai niqab dan bom yang dilekatkan pada pinggang ketika memasuki Gereja Kristen Indonesia Diponegoro sebelum meletupkan diri.

Si bapa, pemimpin sel JAD, Dita Priyanto, membawa kenderaan dipenuhi bom ke Gereja Pusat Pentecostal Surabaya sementara anak lelakinya menunggang motosikal merempuh gereja Santa Maria, dan meletupkan bom dibawanya, kata Tito.

“Semuanya serangan bunuh diri namun jenis bom digunakan berbeza,” katanya.

Jurucakap polis Jawa Timur, Frans Barung Mangera mengesahkan kematian 13 orang dengan 40 lain cedera dalam serangan terancang sekitar 7.30 pagi (0030 GMT). -AFP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Jun 2021

Malaysia Berjaya Capai Sasaran Beri 150,000 Vaksin Sehari

Kadar vaksinasi harian sebanyak 150,000 sudah berjaya dicapai semalam dan angka itu dijangka terus meningkat berikutan 16 juta dos vaksin Covid-19 yang bakal tiba dalam tempoh dua bulan. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin […]

Featured Sat, 27 Apr 2024
Hiburan Sat, 2 Aug 2025

Kapsyen ‘Dengan Sepenuh Cinta, Your Husband’ Raih Tanda Tanya, Edika Yusof, Bekas Isteri Didakwa Dah Rujuk?

Edika Yusof didakwa dah rujuk dengan bekas isteri, kapsyen curi tumpuan

Hiburan Wed, 8 Jun 2022
Featured Fri, 27 Sep 2024
error: Content is protected !!