Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 5, 2023 @ 9:07pm

“Perangai Serupa T*ik” – Tuntut Hutang! Iddin Syah Mengamuk, Dakwa Pengasas Produk & Penyanyi Tak Pulangkan RM150,000

Nama pengasas produk yang juga pempengaruh media sosial, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi (Iddin) mencuri perhatian selepas dia berkongsi beberapa hantaran panas membabitkan seorang pengasas produk merangkap penyanyi dan suami yang menipu wang sebanyak RM150,000.

Dakwa pengasas produk ESW itu, wang terbabit digunakan untuk membayar satu perkhidmatan, namun selepas wang diberikan, mereka mendiamkan diri serta mengelak untuk bertemu mata atau berhubung.

“C** T* dan suami sila pulangkan duit saya! Tempoh dua minggu diberikan untuk kamu berdua jelaskan hutang sebanyak RM150,000 sudah tamat. Sekarang lebih tiga minggu, satu sen duit pun saya belum terima.

“Saya ada bukti surat peguam mereka yang bertarikh 7 Jun 2023, antara lainnya menyebut anak guaman mereka M** R** b. A** B** (A** L**) berjanji untuk membayar wang kepada saya sebanyak RM150,000 secara berperingkat bermula tarikh 14, 20 dan 25 Jun, dengan jumlah sekali transaksi RM50,000,” katanya.

Iddin membuat pendedahan terbabit di laman Instagram dan TikTok miliknya.

@iddinsyah.eswCHE TA & SUAMI TIPU DUIT SAYA RM150,000! Memandangkan ramai followers dan pihak media bertanya, ini kenyataan saya berhubung perkara ini. Sudah lama saya berdiam diri. Pihak yang berhutang dengan saya adalah seorang pengasas produk bernama Che Ta dan suami, Aaron Lee. Saya telah ditipu sebanyak RM150,000 oleh Cheta dan suami, Aaron Lee untuk membayar satu perkhidmatan, namun selepas wang diberikan pasangan itu sepi seribu bahasa serta mengelak dari bertemu atau berhubung. Sila pulangkan duit saya! Tempoh dua minggu diberikan untuk kamu berdua jelaskan hutang sebanyak RM150,000 sudah tamat. Sekarang lebih tiga minggu, satu sen duit pun saya belum terima. Saya ada bukti surat peguam mereka yang bertarikh 7 Jun 2023, antara lainnya menyebut anak guaman mereka Mohd Rosli bin Abu Bakar (Aaron Lee) berjanji untuk membayar wang kepada saya sebanyak RM150,000 secara berperingkat bermula tarikh 14, 20 dan 25 Jun, dengan jumlah sekali transaksi RM50,000. Oleh kerana jaminan surat dari peguam, saya ambil pendekataan berdiam sepanjang Jun lalu kerana mahu memberi peluang dan melihat sejauh mana komitmen mereka dalam menyelesaikan masalah ini. Malangnya seperti dijangka mereka mungkir janji. Pasangan ini siap pukul canang kononnya mereka difitnah. Fitnah apa bendanya? Semua bukti saya ada! Perbuatan khianat Cheta dan suami yang sebelum ini merupakan sahabat saya terbongkar selepas saya memuat naik satu video pada 1 Jun yang lalu. Bayangkan, bermula sebagai sahabat, kini menjadi musuh! Ketika itu, saya kongsikan video selepas saya baru sahaja selesai membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara. Saya akui, ketika itu saya berada dalam keadaan marah menuntut agar wang saya segera dikembalikan oleh mereka. Rupa-rupanya, mereka bukan sahaja mensasarkan saya sebagai mangsa, tetapi turut ‘mengenakan’ lingkungan rakan-rakan pengasas produk rapat yang lain, termasuk dakwaan menipu ramai cawangan pengedar mereka sendiri yang selama ini membantu mengembangkan pasaran produk. Timbul banyak dakwaan ramai yang dah terkena, ramai yang datang mengadu kepada saya, di mana sebahagiannya membenarkan saya membuat perkongsian di TikTok. Saya kesal kerana mereka bukan main lagi ‘show off’ kehidupan mewah, pergi sana-sini, berjoget sana-sini, joli sana-sini, duk tunjuk dekat orang kononnya mereka kaya dan gah sangat tetapi perangai sebenar mereka sebaliknya. Saya mohon Che Ta dan suami tolong pulangkan duit saya dan semua kawan-kawan yang mereka khianati. Ekoran kegagalan mereka untuk menjelaskan bayaran mengikut tarikh yang ditetapkan, saya mempunyai rancangan untuk mengadakan sidang media dalam masa terdekat ini yang turut disertai mangsa-mangsa lain. Saya dan pihak guaman sudah siap siaga dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka jika tidak mengembalikan wang saya dalam kadar segera.♬ Powerful songs like action movie music

 

Tidak habis disitu,  Iddin memaklumkan, dia mengambil pendekatan untuk berdiam diri sejak bulan lalu kerana mahu melihat komitmen pasangan ini untuk melangsaikan hutang mereka selain mempunyai jaminan surat dari peguam.

Bagaimanapun, sebelum ini, pasangan suami isteri itu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah difitnah berhubung isu tersebut.

“Oleh kerana jaminan surat dari peguam, saya ambil pendekataan berdiam sepanjang Jun lalu kerana mahu memberi peluang dan melihat sejauh mana komitmen mereka dalam menyelesaikan masalah ini. Malangnya seperti dijangka mereka mungkir janji.

“Pasangan ini siap pukul canang kononnya mereka difitnah. Fitnah apa bendanya, semua bukti ada!,” dakwanya.

 

Perangai serupa dengan t*ik!

Dakwa Iddin lagi, selain menjadi mangsa sahabat sendiri, pasangan ini juga turut menjalankan modus operandi mereka dengan mensasarkan lingkungan rakan-rakan pengasas produk yang rapat dengannya termasuk menipu ramai cawangan pengedar mereka sendiri.

“Ramai yang dah terkena, ramai yang datang mengadu kepada saya, dimana sebahagiannya membenarkan saya membuat perkongsian di TikTok.

“Bukan main lagi ‘show off’ kehidupan mewah, pergi sana-sini, berjoget sana-sini, joli sana-sini, duk tunjuk dekat orang kononnya mereka kaya dan gah sangat! Perangai serupa dengan t*ik!

“C** T* dan suami tolong pulangkan duit aku dan semua kawan-kawan yang kau khianat!,” tegasnya.

 

Bahkan, Iddin bersama mangsa-mangsa penipuan usahawan dan suaminya itu akan merancang untuk mengadakan sidang media dalam masa terdekat dan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya wang tersebut tidak dipulangkan dalam masa yang ditetapkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Iddin Syah (@iddinsyah)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 Jul 2025

Asia Championship 2025: Pentas Tinju, Dunia Digital Bertembung 18 Oktober Ini

Asia Championship 2025 bakal berlangsung 18 Oktober ini!

Hiburan Fri, 21 Jun 2024
Trending Mon, 1 Jun 2020

PKPB: Rentas Negeri Bersyarat Dibenarkan Mulai Hari Ini

Korang dah tahu ke apa syarat-syaratnya?

Featured Wed, 18 Jun 2025
Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Anzalna Nasir Dihadiahkan Kereta Mewah RM600,000

Mungkin hadiah untuk Anzalna yang bakal melahirkan cahaya pertama mereka tidak lama lagi.

Featured Wed, 26 Mar 2025

Ridzokumura Reda, Mengaku Duit Milik Arwah Isteri Bernilai RM70,000 Hilang -“Nanti Jawablah Dengan Tuhan”

Katanya, dia menyedari duit tersebut lesap beberapa hari lepas ketika mahu menyimpan duit berkenaan.

Featured Wed, 21 Apr 2021

Elak Langgar SOP Rumah Terbuka, Pihak Polis Adakan Pemeriksaan Di Rumah Sempena Aidilfitri

Seperti Aidilfitri tahun lalu, pihak polis akan membuat pemeriksaan di beberapa rumah untuk mengelakkan ketidakpatuhan SOP. Difahamkan, pihak polis juga akan membuat pemeriksaan mengejut dari rumah ke rumah untuk memeriksa surat kebenaran rentas negeri. Perkara […]

#tilljannah Wed, 26 Mar 2025

Gabungan Warisan & Keunikan Malaysia! Ini Makna Disebalik Logo VM2026

Sedia maklum, kempen Melawat Malaysia (Visit Malaysia 2026 atau VM2026) telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sempena VM2026, logo rasmi turut dilancarkan dan boleh dikatakan logo ni memang berada di kelas tersendiri! […]

error: Content is protected !!