Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 11, 2025 @ 8:47pm

“Kalau Ada Orang Baru Dalam Hidup Masing-Masing, Mereka Kena Terima Saya & Nadiyah Shahab Tetap Rapat” – Ben Ali

“Status suami isteri itu adalah subjektif,” demikian reaksi pelakon dan usahawan, Ben Ali ketika diminta mengulas mengenai desas-desus rumah tangganya bersama isteri, Nadiyah Shahab, yang dikatakan bergolak sejak awal tahun lalu.

Menurut Ben atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan, 32, dia menyerahkan kepada netizen untuk menilai sendiri keadaan rumah tangganya.

“Terpulang kepada netizen untuk menilai. Apa pun masalah antara kami, kami selesaikan secara baik dan matang.

”Buat masa ini fokus kami hanya untuk absolute event. Kami sering tak nampak bersama sebab masing-masing apabila keluar negara ambil tempoh yang lama. Misalnya saya ke London sebulan, begitu juga Nadia ketika ke Turkey.

“Perkara seperti cerai bukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Hal peribadi lebih baik diletakkan ke tepi,” katanya ketika ditemui media.

Sementara itu, Nadiyah atau nama sebenarnya Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab, 32, menegaskan hubungan mereka akan tetap baik tidak kira apa pun status perkahwinan ketika ini.

“Kawan atau suami isteri sekalipun, kami tetap ada chemistry dan synergy yang bagus. Sama ada bersama atau tidak, kami tetap bahagia. Jadi tak ada masalah untuk terus bekerjasama, sebab kami memang tidak bergaduh,” jelasnya.

Pasangan ini ditemui ketika sidang media Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya yang berlangsung di New Ocean World, Petaling Jaya pada Khamis.

Bagaimanapun, Nadiyah memberi bayangan kemungkinan suatu hari nanti, status sebenar rumah tangga mereka akan terjawab.

“Mungkin dalam beberapa tahun lagi, orang ramai akan tahu. Kalau nampak Ben atau saya dengan orang lain, maka itulah (cerai),” katanya sambil tersenyum.

Ben turut menambah, meskipun mereka mungkin tidak lagi bersama, hubungan rapat yang terbina sejak sebelum perkahwinan tetap akan dikekalkan.

“Kalau ada orang baru dalam hidup masing-masing, mereka kena terima. Saya dan Nadiyah susah nak berpisah, sebab sebelum kahwin pun kami memang kawan baik. Kami setiap hari berhubung dan berjumpa macam biasa,” ujarnya.

Untuk rekod, Ben dan Nadiyah mendirikan rumah tangga pada 10 November 2018 di Singapura, namun sehingga kini belum dikurniakan cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

Banyak Cabaran Sepanjang Berkahwin, Diana Danielle Mengaku Tak Kuat?

Allah SWT akan beri sesuatu yang lebih manis dan indah jika kita terus bersabar.

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Bahagia Bergelar Isteri, Raja Ilya Sarankan Peminat Kahwin Bila…

Haaa dengar tu, bagi si bujang, berkahwinlah bila…

Hiburan Thu, 24 Nov 2022
Hiburan Fri, 27 Mar 2026
Hiburan Thu, 29 May 2025

“Senyum Pada Yang Baik, Jeling Pada Yang Jahat” – Nur Fazura

Fazura kongsi tips cara kekal positif meski dilanda ujian

Hiburan Mon, 26 Jun 2023
Featured Fri, 18 Apr 2025

Impian Jadi Kenyataan! Wajah Marsha Milan Kini Terpampang Di Billboard New York… Dilantik Duta Spotify Asia Equal April 2025

Penyanyi popular, Marsha Milan bersyukur apabila wajahnya kini muncul menghiasi papan iklan di kota metropolitan Times Square, New York.

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

Walau Berdua, Projek Lagu Baru Kool Masih On!

Kool bakal mengadakan sebuah showcase di Golden Palace, Restoran D’Saji Titiwangsa pada 25 April ini.

error: Content is protected !!