Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 7, 2023 @ 2:00pm

“Mummy Mas Idayu Komen Saya Nyanyi Tak Sedap? Saya Setuju” – Sissy Imann

Penyanyi Sissy Imann mengambil positif kritikan yang diberikan oleh juri tetap Famili Duo, Mas Idayu.

Mempersembahkan medley lagu Kasih dan Seiring Sejalan bersama Naim Daniel pada minggu ketiga Famili Duo, Mas Idayu menegur cara nyanyian Sissy yang disifatkan ‘tidak sedap’.

“Saya tak terasa hati dengan komen itu. Sebenarnya, saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh mummy.

“Di minggu pertama dan kedua Famili Duo, mummy dan Abang Ajai tak pernah sentuh pun mengenai vokal kami dan kami mendapat pujian.

“Biasalah, adat pertandingan. Kami juga manusia biasa, mesti ada kesilapan dan pada minggu ketiga vokal saya memang ‘kurang’ sedikit,” kata Sissy.

Tambah penyanyi lagu Pesan Ayahanda ini, fokus mereka adalah ingin memberikan persembahan terbaik setiap minggu.

“Juri tak sentuh mengenai persembahan atau kreativiti, tapi komen diberikan kepada vokal saya. Saya terima dengan positif dan mahu memberikan yang terbaik di persembahan seterusnya

“Jika kita ingin bercerita mengenai muzik, secara teknikal, duet antara lelaki dan lelaki atau wanita dan wanita lebih mudah untuk cari ‘key’ dan ‘range’ yang sesuai.

“Duet lelaki dan wanita pula, kita memerlukan masa dan tenaga untuk mencari ‘the right sweet spot’. Vokal saya pula sukar untuk pergi ke ‘note’ yang lebih tinggi. Ada limitasi tersendiri dan untuk sesuaikan dengan vokal Naim tu agak sukar tapi kami cuba.

“Setiap minggu kami akan cuba untuk ‘push limit’, kami cuba untuk memberikan yang terbaik,” katanya.

Untuk minggu keempat, Sissy dan Naim bakal mempersembahkan lagu Akad nyanyian asal kumpulan Payung Teduh.

Tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir dalam Famili Duo.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Dec 2022
Trending Fri, 23 Mar 2018

Gajet ‘Jemput’ Masalah Mental Pada Anak Kecil, Hati-Hati!

Konflik lain yang boleh berlaku ialah kegagalan kanak-kanak berfikir dengan waras, tiada daya pemikiran kreatif, tidak mampu berinteraksi dan bertutur dengan baik selain  perkembangan emosi serta intelek terbantut.

Hiburan Fri, 17 Apr 2026

Hariz Hamdan Kirim Nota Hari Jadi Buat Hazwani Helmi, Doakan Misi Sumud 2.0

Mengulas kritikan terhadap penyertaan wanita dalam Sumud 2.0, Hariz Hamdan memilih untuk berdiri di belakang Hazwani Helmi sebagai seorang rakan.

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Meriahkan Jelajah Nur 2 Dan Temui Barisan Pelakon Di ISetan KLCC Esok!

Nak jumpa Ustaz Hamadi dan Aisyah dalam Nur 2? Jom kunjungi Isetan KLCC esok!

Featured Thu, 24 Apr 2025

Dibandingkan Dengan Abby Abadi Isu Nafkah, Rita Rudaini Mohon Doakan Yang Terbaik – “Cerita Orang Tak Sama…”

“Sekarang mereka berkata lagi ‘Abby kena belajar jadi macam si polan si polan”- Rita

error: Content is protected !!