Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 8, 2023 @ 1:11pm

‘Satu Tuju’ Jadi Kenyataan, Rizky Febian & Mahalini Sah Bertunang

Pasangan penyanyi popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini Raharja akhirnya berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan kepada umum mengenai pertunangan mereka.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram rasmi milik muzik label penyanyi itu, RFAS Music, Rizky dan Mahalini selamat melangsungkan pertunangan pada 7 Mei 2023 di The Langham, Jakarta setelah menjalin hubungan sejak satu tahun tiga bulan lalu.

Majlis yang dihadiri 200 tetamu terdiri dari ahli keluarga dan rakan terdekat pasangan tersebut turut menyaksikan pelantun lagu Hingga Tua Bersama itu secara peribadi memaklumkan tentang tujuan kedatangannya selain sempat bertanyakan kepada kekasih hatinya untuk dipinang dihadapan keluarga.

“Hari ini merupakan hari yang spesial buat saya, ketika saya memantapkan diri saya. Disini, saya tidak sendiri, saya bersama keluarga besar, dan begitupun Mahalini bersama keluarga besar.

“Intinya, tidak ada banyak kata yang boleh saya ucapkan disini. Saya hanya memiliki niat ibadah untuk menjadi yang lebih baik, dan mempunyai tujuan yang tulus, dan ingin meminta izin kepada Papa, Dadong, Kak Dion, Ka Jody, Ka Ugek, dan Kak Nindi. Mungkin saya memang tidak sempurna, masih banyak kekurangan dalam diri tapi izinkan saya nanti boleh memperbaiki diri bersama dengan Mahalini. Terima kasih!,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RFAS MUSIC (@rfasmusic)

 

Sebelum ini, Rizky atau lebih mesra dengan panggilan Iky pernah berkongsi bahawa dia memilih privasi setiap kali ditanya mengenai perkahwinannya dan Mahalini sewaktu hadir pada sidang media konsertnya, Rizky Febain Live In Kuala Lumpur pada 20 November

“Doakan saja semoga ada sampai ke tahap itu malah di Indonesia saya tak pernah membicarakan tentang hal ini. Kini, kami mahu kejar impian masing-masing.

“Jadi biar soal itu menjadi sebuah rahsia saya dan dia tetap kami mempunyai perancangan ke arah itu, jadi doakan,” katanya.

Untuk rekod, Rizky dan Mahalini pernah tampil dengan dua buah lagu duet popular mereka berjudul, Satu Tuju dan You Are Mine.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Nov 2022
Hiburan Mon, 27 Apr 2026

“Saya Juga Manusia Biasa, Hidup Macam ‘Rollercoaster'” – Ezzanie Jasny Nafi Sombong

Ezzanie Jasny mengakui terkejut apabila timbul dakwaan mengatakan dirinya seorang yang sombong.

Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Featured Sat, 11 Dec 2021
Fab Foodies! Sat, 17 Feb 2018

CAN YOU HANDLE THE HEAT? HERE’S THE 10 SPICIEST KOREAN RAMEN

Korean food has been all the rage lately but can you handle the heat of these 10 noodles?

Trending Sat, 16 Mar 2019

Lepas 5 Hari Suntikan Botox, Wanita Maut

Seorang ejen hartanah yang berusia 32 tahun telah meninggal dunia pada 13 Mac lalu, ia beberapa hari setelah beliau mendapatkan suntikan botox di sebuah klinik estetik. Dikatakan bahawa wanita itu terkena serangan jantung dan sawan […]

Featured Fri, 12 Jun 2026

“Saya Pun Dah Terjebak, 2 Malam Tidur Lewat” – Dr Asyraf Wajdi Disamakan Dengan Watak Utama Drama Korea ‘Teach You A Lesson’

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut tidak melepaskan peluang mengikuti drama berkenaan selepas namanya beberapa kali dikaitkan oleh netizen

Hiburan Tue, 25 Jun 2024
error: Content is protected !!