Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 12, 2026 @ 12:18pm

“Saya Pun Dah Terjebak, 2 Malam Tidur Lewat” – Dr Asyraf Wajdi Disamakan Dengan Watak Utama Drama Korea ‘Teach You A Lesson’

Penangan drama bersiri Korea Selatan, ‘Teach You A Lesson’ semakin menyorot perhatian ramai  apabila jalan ceritanya yang sarat dengan mesej pengajaran dianggap relevan dan boleh dijadikan sebagai sumber rujukan buat mana-mana pihak yang terlibat.
Lebih mencuri perhatian, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga tidak melepaskan peluang mengikuti drama berkenaan selepas namanya dipetik netizen.
Malah, ada juga segelintir yang menyamakan beliau dengan salah satu watak utama yang ditampilkan dalam naskhah tersebut.
“Macam-macam lah netizen ni. Saya pun terjebak dengan drama ni. Dua malam dah tidur lewat. Baru masuk episod 3,” katanya.

Terdahulu, Dr Asyraf tampil berkongsi pandangannya selepas menonton episod pertama drama berkenaan.

Akuinya, beliau mula menonton drama itu selepas disarankan oleh warganet dengan alasan, terdapat persamaan antara jalan cerita drama tersebut dengan pendekatan yang dilaksanakan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) terutamanya dalam menangani isu buli.

“Patutlah ramai yang tagged saya minta tonton drama Netflix Teach You A Lesson. Semalam sempat menonton episod pertama. Rupanya ada kesamaan watak Na Hwa-jin bekas komando yang menjadi Pegawai utama Biro Perlindungan Hak Pendidikan dengan Bekas Tentera yang dilantik sebagai Warden Sepenuh Masa di MRSM. Keduanya punya fungsi yang sama untuk menangani isu buli di sekolah,” jelasnya.
Dalam masa sama, Dr Asyraf berkata, drama berkenaan membawa mesej penting mengenai keperluan menangani masalah buli secara tegas tanpa sebarang kompromi.
“Pengajaran utama daripada drama ini jelas bahawa isu buli adalah isu yang amat serius. Ketegasan menangani isu ini penting agar tiada sebarang kecenderungan untuk menutup kes-kes buli kerana takut imej maktab terjejas ataupun tiada sebarang pilih kasih dalam menangani isu ini walaupun punya ‘cable’ atau anak orang berpengaruh.
“Apa-apapun pendekatan MARA menempatkan bekas-bekas Tentera di MRSM terbukti berkesan menangani isu Buli. Kajian empirikal yang dibuat oleh penyelidik bebas daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) membuktikan penurunan mendadak kes-kes disiplin dan buli di beberapa MRSM yang punya rekod lampau dalam kes buli.
“Malah disiplin pelajar ternyata lebih baik, selain mengurangkan beban guru-guru yang sebelum ini menggalas tanggungjawab tambahan sebagai warden asrama,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 20 Dec 2024

Along Cham Mengaku Tidak Bersalah Miliki Ganja Jenis Kanabis

Along merayu jaminan dibuat kerana anak bersekolah tahun hadapan.

Events Tue, 25 Jun 2019

Hael Husaini Salah Buat Pilihan?

Janganlah sedih okay Hael! Next time, cuba lagi

Hiburan Tue, 19 Dec 2023
Hiburan Tue, 29 Apr 2025

Berkat Sabar dan Usaha, Abby Abadi Syukur Rezeki Mencurah – “Semoga Allah Balas Kebaikan Kalian”

Abby Abadi meluahkan rasa syukur dan ingatkan netizen tentang akhirat

Trending Wed, 16 Jun 2021
Featured Mon, 30 Aug 2021

Perdana Menteri Jalani Kuarantin Kendiri, Tidak Hadir Istiadat Angkat Sumpah

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan kontak rapat kepada pesakit Covid-19. Sehubungan itu, beliau tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan […]

error: Content is protected !!