Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 25, 2025 @ 5:33pm

Pilih Tarikh Istimewa 25.5.25, Mas Khan Tamat Zaman Bujang… Sah Bergelar Suami Kepada Anatasha Diana

Memilih tarikh 25.5.25, pelakon Mas Khan, 31, sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Anatasha Diana, selepas selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung pagi tadi.

Memetik laporan Harian Metro, Mas Khan atau nama penuhnya Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, meluahkan rasa syukur dan kegembiraan apabila impiannya untuk berumah tangga akhirnya dimakbulkan. Beliau juga menyatakan kesediaan memikul amanah sebagai seorang suami.

“Dua kali air mata jantan saya gugur. Pertama apabila melihat isteri berjalan masuk ke dalam dewan. Air mata saya kemudiannya mengalir lagi selepas kami sah bergelar suami isteri.

“Saya rasa ini satu tanggungjawab besar selepas bergelar suami,” katanya.

Majlis akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan, Abdul Aziz Abd Mutalib, dalam suasana yang cukup meriah namun penuh kesederhanaan.

Mas Khan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,497 serta wang hantaran berjumlah RM20,000 bersama seutas gelang emas sebagai simbol kasih sayang kepada suri hatinya.

Majlis penuh bermakna itu diadakan di Gombak, Selangor dengan kehadiran keluarga terdekat dan kenalan rapat kedua-dua mempelai.

Pada sebelah petangnya, pasangan bahagia ini diraikan dalam satu majlis resepsi di lokasi yang sama, manakala majlis bagi pihak lelaki pula dijadualkan berlangsung pada 14 Jun depan di Genting Highlands, Pahang.

Kredit foto: IGS Mas Khan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Oct 2023
Hiburan Tue, 28 Oct 2025

Didakwa Sudah Berbadan Dua, Amira Othman Tampil Respons

Amira Othman nafi sudah berbadan dua

Hiburan Thu, 23 Nov 2023

Jumpa Banyak Syiling Bertaburan, Jualan Merosot….Cat Farish Kena Gangguan Mistik?

Dengki betul dengan bisnes orang eh! Semoga abang Cat Farish dan isteri dilindungi selalu🤲🏻

Featured Thu, 27 Oct 2022

“Jangan Kata Handsome Tau, Kata Cantik!”- Aksi Gelek Cik B Dengan Rambut Pendek Raih Perhatian

Anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV), Cik B atau nama sebenarnya  Nur Edlynn Zamillen Muhammad Amin menjadi tumpuan netizen di media sosial. Baru-baru ini, Cik B telah menjadi bualan hangat warganet apabila memutuskan […]

Hiburan Fri, 2 Nov 2018

Netizens Speculate Han Seohee’s Latest Instagram Post is For BIGBANG’s T.O.P

It seems like Han Seo Hee is making headlines once again…

Featured Tue, 19 Jul 2022

[VIDEO] Jalani Rawatan IVF, Madammu Terpaksa Buang Tiub Fallopio – “Jika Ini Ujian Untuk Dapatkan Cahaya Mata, Saya Reda…”

Hanya yang pernah melalui sahaja akan faham rasa perit ini.. Moga Madammu terus tabah dan didoakan agar segalanya dipermudahkan olehNya 🤍❤️

error: Content is protected !!