Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi July 19, 2022 @ 5:49pm

[VIDEO] Jalani Rawatan IVF, Madammu Terpaksa Buang Tiub Fallopio – “Jika Ini Ujian Untuk Dapatkan Cahaya Mata, Saya Reda…”

Pengasas kosmetik terkenal, Eriyca Baiduri atau lebih mesra dikenali sebagai Madammu memaklumkan dirinya baru sahaja selesai menjalani prosedur membuang tiub fallopio pada Isnin.

Mengulas lebih lanjut, Madammu yang merupakan penaja utama Anugerah Juara Lagu (AJL) menjelaskan pembedahan tersebut dilakukan kerana saluran tiub membengkak sebelum meneruskan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

“Hari ini 18 Julai 2022, Isnin 10 pagi Madammu perlu melalui procedure remove fallopian tube. Satu procedure yang Madammu memang amat takut dan tak nak lalui. Tetapi keadaan memaksa untuk Madammu perlu laluinya juga.

“Teringat pada 5 Julai 2022 apabila Dr. Haris memberitahu Madammu yang Madammu harus jalani pembedahan secepat mungkin akibat bengkak yang semakin besar pada tube dan tidak boleh teruskan untuk proses pemindahan embrio,” tulisnya menerusi Diari Madammu.

Tambah Madammu, meski perit laluan yang perlu dihadapinya dalam usaha untuk memiliki zuriat, dia tetap bersyukur oleh aturan Yang Maha Esa dan mempercayai ada hikmah dan asbabnya atas ujian ini.

“Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa banyak perkara yang perlu Madammu lalui dalam usaha untuk mendapatkan seorang zuriat.

“Walaupun banyak yang perlu dilalui tetapi Madammu sangat bersyukur kerana Tuhan itu Maha Adil. Madammu percaya setiap apa yang Madammu lalui hari ini pasti ada hikmah dan sebabnya,” luahnya.

@eriyca.baiduri

Isnhallah #ladyofnoirmalaysia #noir

♬ original sound – Noir – Noir

Dalam pada itu, menerusi aplikasi TikTok sebuah video memaparkan Madammu berada di samping suami tersayang dan anak-anak reda dan mohon doa agar urusannya dipermudahkan.

“Jika ini adalah ujian untuk mendapakan seorang cahaya mata.

“Jika ini adalah ujian untuk mendapatkan seorang cahaya mata, Madammu reda. Ya Allah permudahkanlah urusan Madammu,” tulisnya.

Madammu pada masa sama memberikan dedikasi atas pergorbanan suami dan anak-anak yang sentiasa berada di sisi.

Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut meraih pelbagai respons netizen yang menzahirkan kata-kata doa agar Madammu terus kuat.

@eriyca.baiduri

Terima kasih 💜

♬ PENANTIAN ARMADA – Sadvibes🥀

Sumber: Diari Madammu, TikTok Madammu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 May 2019

Kyuhyun Officially Discharged + Performing Solo at Seoul Jazz Festival 2019

He is the last Super Junior member to complete his military enlistment!

Hiburan Fri, 20 Apr 2018

Hanna Delisha Hanya Rakan Sekerja, Syafiq Kyle Masih Solo!

Artis atau orang biasa, bagi saya masing-masing ada kelebihan. Saya tidak mahu bongkak cakap menolak jodoh dalam kalangan artis atau bukan. Sebab kita tidak tahu jodoh dengan siapa. Betul tu Syafiq, sabar dulu ya!

Events Fri, 29 Mar 2019

Ada Apa Dengan Hael Husaini Dan ‘Lagu Cinta Kita?’

Hael Hussaini dan Scha Al Yahya bergandingan dalam ‘Lagu Cinta Kita’?

Hiburan Mon, 13 May 2019

林志炫自夸声音不像53岁!还让粉丝叫他「男神」

暌违3年再次登上云顶云星剧场开唱的林志炫自夸声音不像53岁,还让粉丝叫他「男神」。

Eat Travel Tue, 7 Aug 2018
Trending Mon, 30 Dec 2019
Hiburan Mon, 1 Jul 2019

Johan As’ari Tak Kisah Kalau Tak Jadi Kahwin?

Kita doa yang baik-baik untuk Johan & Letty okay!

error: Content is protected !!