Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops February 12, 2020 @ 8:51am

Bahaya! Wanita berusia 28 tahun pekak gara-gara kerap guna fon telinga!

Seiring dengan kewujudan teknologi yang berkembang pesat, lanskap penyiaran hari ini juga mengalami perubahan dengan begitu pantas. Jika dahulu menonton berita, drama atau program kegemaran dilakukan secara konvensional iaitu menerusi kaca televisyen, kini masyarakat lebih gemar menonton menerusi telefon pintar.

Ditambah pula dengan kehadiran pelbagai platform penstriman seperti Netflix dan Iflix yang menawarkan banyak video serta program menarik, membuatkan masyarakat terutama anak muda zaman kini beralih kepada medium yang lebih canggih dan mudah dicapai.

pekak sebab pakai headphone

Kredit gambar: HuffPost

Jika dilihat sekeliling, baik di kedai makan, dalam pengangkutan awam atau di mana sahaja, dapat dilihat ramai yang menggunakan telefon sambil memakai fon telinga sama ada untuk menonton drama kegemaran, mendengar muzik atau pun bermain permainan video.

Tapi awas! Penggunaan fon telinga terlalu lama mampu memberi kemudaratan. Menerusi laporan Oriental Daily, seorang wanita berusia 28 tahun menjadi pekak gara-gara memakai fon telinga dalam tempoh waktu yang lama.

pekak guna headphone

Kredit gambar: Shutterstock

ARTIKEL BERKAITAN‘Pekak’ dalam tempoh 72 jam, petanda hilang keupayaan mendengar

Xion Jing dari Taiwan mengalami pekak di sebelah telinga kiri akibat terlalu lama memakai fon telinga untuk menonton drama siri kegemarannya. Dia dipercayai ‘melayan’ siri drama kerana mahu menghilangkan tekanan selepas penat bekerja setiap hari.

Rutin tersebut dilakukannya setiap kali pulang ke rumah selepas bekerja. Xion Jing juga mempunyai tabiat buruk di mana dia suka berjaga sehingga lewat malam.

pekak gara-gara guna headphone lama

Kredit gambar: Picsels

Setelah sebulan, Xion Jing tiba-tiba menyedari tidak ada bunyi yang datang dari lubang suara kiri. Dia kemudian cuba menukar fon telinganya dua kali, tetapi masih tidak dapat mendengar apa-apa daripada telinga kiri.

Dia menyedari bahawa ia bukan masalah dengan fon telinga dan segera pergi mendapatkan rawatan perubatan. Doktor kemudian mendiagnosisnya dengan kehilangan pendengaran sensorineural secara tiba-tiba (SSHL), yang biasanya dikenali sebagai pekak tiba-tiba.

Doktor mengatakan bahawa Xiao Jing bernasib baik kerana mendapatkan pemeriksaan doktor pada masa itu. Sekiranya terlambat, telinga kirinya mungkin tidak dapat mendengar lagi.

pekak gara-gara pakai headphone

Kredit gambar: First Cry Parenting

Selepas dirawat dengan steroid dan terapi oksigen hiperbarik (HBOT), Xiao Jing mendapat 80 peratus pendengarannya di telinga kiri dan kembali ke rutin hariannya yang normal.

Dr Zhang daripada Jabatan Otorinolaringologi, Hospital Luodong Bo-ai, mengatakan bahawa punca pekak tiba-tiba kebanyakannya tidak diketahui, tetapi mungkin berkaitan dengan tekanan, jangkitan virus, penyakit autoimun, dadah, trauma atau tumor.

Beliau berkata jika seseorang mengalami pekak tiba-tiba, mereka mesti mendapatkan rawatan perubatan dalam tempoh tiga hari supaya ada kemungkinan pemulihan yang lebih tinggi.

Beliau juga menegaskan bahawa pekak tiba-tiba tidak terhad kepada orang tua sahaja kerana orang dewasa dan muda yang sentiasa tidur lewat juga boleh menderita dengan permasalahan ini. Mereka yang sebelum ini pernah didiagnosis dengan pekak tiba-tiba perlu berehat dan mendapat tidur yang mencukupi untuk mengelak daripada berlaku lagi.

Sumber: World of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 16 Aug 2021

“Tak Ada Job Sangat Ke?”- Johan As’ari Dikritik Gara-Gara Beri Kata Semangat Kepada Muhyiddin Yassin

Pelakon, Johan As’ari meluahkan rasa terkilan beliau apabila dikritik gara-gara memberikan kata semangat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menerusi laman Instagram, Johan berkata dia hanya meluahkan rasa keprihatinan kepada Perdana Menteri. “Kita sebagai […]

Featured Thu, 8 May 2025

“Kalau Dah Benak Ubi Tu Memang Benak Juga”- Azlan Komeng Buka Mulut, Dedah Bakal Isteri Kedua Berniat Jatuhkan Nilam

Azlan tampil menjelaskan mengenai keadaan terkini dan status hubungannya bersama Maizila.

Featured Tue, 2 May 2023
Featured Tue, 11 Nov 2025

“Bila Saya Kata Busy Cari Nafkah, Tolong Faham” – Raf Yaakob Terbuka, Izin Pasangan Akses Telefon 24 Jam

Jelas Raf, sikap terbuka itu bukan sekadar untuk menunjukkan kejujuran, tetapi cara untuk membina kepercayaan dalam hubungan.

Featured Wed, 22 Dec 2021

3 Tahun Berkahwin, Shila Amzah Fail Cerai

Penyanyi Shila Amzah, 31, mengejutkan ramai dengan berita dia sudah memfailkan perceraian dengan suami, Haris Idraki Elias. Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaru di Instagram miliknya pada Selasa. […]

error: Content is protected !!