Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari October 23, 2022 @ 3:21pm

[VIDEO] Idam Tubuh Persis JLO & Beyonce, Puteri Sarah ‘Educate’ Netizen Pasal Berat Badan – “Kurus Kering Bukan Cantik Tapi Tak Sihat”

Pelakon Puteri Sarah didakwa sedang hamil anak ketiga gara-gara sebuah foto yang dimuat naik di Instagram dimana tubuhnya kelihatan berisi baru-baru ini.

Sejurus itu, Sarah tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan tersebut dengan menafikan bahawa dia tidak hamil tetapi mengalami pertambahan berat badan kerana sedang bahagia menjalani kehidupannya.

Terbaru, Puteri Sarah dilihat memuat naik sebuah video di akaun Instagram miliknya bagi menjelaskan kenapa dia memilih untuk memiliki badan yang berisi namun menjadi duta bagi satu jenama produk kecantikan.

“Hai guys, dua hari ini banyak orang komen-komen kemudian menjadi isu Sarah berisi tapi Sarah dengan produk Inayah (jenama produk suplemen).

“Okay, Sarah nak jelaskan dekat korang semua… Sarah sebelum ini pernah kurus, kurus kering sangat, Sarah pernah ada dekat dalam fasa kurus dan Sarah sangat tak happy dengan badan Sarah,” luahnya.

Tambah, Sarah berpendapat bahawa kurus kering itu tidak melambangkan kecantikan tetapi ia sesuatu yang tidak sihat.

“Kurus sangat itu tidak sihat dan Sarah nak mendidik orang Malaysia yang kurus kering itu bukan cantik, kurus kering itu tidak sihat.

“Kalau korang memang dah born dengan kurus tak kisah, tapi bila korang sengaja nak kurus kering ia tidak sihat sebab itu setiap kali Sarah buat live Sarah dah cakap Sarah ambil Inayah Beauty, Sarah minum Berryfull itu sebab Sarah nak kekalkan berat badan,” jelas Sarah.

Menurut Sarah, dia sendiri mengambil keputusan untuk memiliki tubuh sedikit berisi kerana perlu menjaga anak-anak yang aktif.

“Masa Sarah fasa tengah sedih, patah hati Sarah memang dengan cepat Sarah jadi kurus dan masa itu Sarah ingat kurus itu cantik tapi tidak.

“Sarah jadi tidak sihat, tak larat nak buat kerja dan Sarah ada dua anak… mana Sarah larat dengan badan kurus keding tu nak menjaga anak… dua orang anak yang sangat aktif.

“Jadi, Sarah buat keputusan Sarah nak berisi, Sarah yang nak berisi lepastu Sarah terlebih berisi pulak sebab setiap malam makan.

Dalam pada itu, pelakon drama Suri Hati itu meminta orang ramai untuk belajar mengenai Body Mass Index (BMI) untuk menyesuaikan berat dan ketinggian bagi mendapatkan berat badan ideal.

Lagi, Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 36, mengakui bahawa dia gembira dengan beratnya kini dan mengidamkan bentuk badan seperti selebriti antarabangsa.

“Kita nak badan macam JLo… badan macam Beyonce, sesedap rasa. Sarah nak macam itu dan dah letak dekat diri Sarah untuk berat 58kg.

“Kalau Sarah 50kg, Sarah underweight dan jadi tidak sihat serta tak boleh nak jaga dua orang anak yang sangat aktif.

“Jadi, Sarah harap penjelasan Sarah dapat bagi kepuasan kepada semua orang. Bila orang kata kenapa Sarah tak kurus-kurus… Sarah yang tak nak kurus sebab Sarah tak rasa kurus itu cantik, Sarah rasa tembam sikit itu adalah cantik. Semoga korang berpuas hati dengan jawapa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 7 Apr 2021
Featured Thu, 18 Nov 2021

“Bukan Biasa-biasa” – Netizen Puji Gadis Berani Ambil Lesen Bawa Lori

Orang perempuan ini biasanya dianggap sebagai lemah lembut dan tidak mampu melakukan kerja berat. Namun, ia tidak bermakna mereka tidak berani dan tidak mampu melakukan kerja orang lelaki. Malah, ada juga di antara mereka yang […]

Hiburan Sat, 24 Dec 2022
Trending Wed, 13 Jun 2018

Tragedi Raya! Jari Hancur Angkara Mercun

Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dilaporkan hilang jari telunjuk sebelah kanan akibat melecur dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Featured Wed, 14 Aug 2024
Hiburan Tue, 15 Jan 2019

抢不到「大吉」玩偶和周边商品?担心什么~用这方法就好啦!

抢不到「大吉」玩偶和精美的周边商品?担心什么~用着方法就好啦!

Events Sun, 3 Nov 2019

人妻「李太太」杨丞琳感谢粉丝不离不弃!

「全能天后」杨丞琳暌违6年再度来马开唱,担任演唱会总策划的她,亲自调整歌单,并为不设Encore环节临时加唱2首歌送大马粉丝福利。

Events Wed, 4 Sep 2019

Lima Hari Tayangan Sahaja, SANGKAR Raih Kutipan RM4.8 Juta!

Masih sempat lagi nak tengok SANGKAR di pawagam berhampiran korang. Cepattt!

Hiburan Sun, 11 Nov 2018

Nina Iskandar Belum Jemu Bawa Karakter Air Mata

Asyik bawa watak yang kena menangis, Nina Iskandar tak jemu ke?

error: Content is protected !!