Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 21, 2019 @ 9:59pm

‘Tiada Apa Yang Perlu Dirahsiakan’- Sharifah Shahirah

Penyampai radio popular, Sharifah Shahirah menerima dengan hati terbuka keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) anaknya, Airra Zulkifili .

Shahirah atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired berkata dia mempunyai alasan tersendiri berkongsi keputusan anaknya di Instagram.

“Saya ambil pendekatan untuk beritahu terus. Senang dan tak perlu nak jawab banyak kali. Orang kita kalau tahu ada anak yang ambil peperiksaan besar, mesti nak ambil tahu. Selagi tak jawab, memang tak berhenti bertanya.

“Jadi, ini cara saya. Bagi saya, tidak ada apa yang perlu dirahsiakan. Malah, tidak salah pun kalau kita berkongsi meskipun keputusan ini tidak cemerlang seperti anak artis lain.

“Sebagai ibu, saya tetap bangga dengan anak. Saya tak marahkan dia. Saya positif dengan keputusan ini. Saya tahu dia sudah berusaha dan ini adalah hasil serta rezeki yang diberikan,” katanya kepada Harian Metro.

Airra yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Melawati mendapat 2A, 1B, 2C, 1D, A dalam kedua-dua mata pelajaran Bahasa Inggeris, B (Matematik), C (Bahasa Malaysia) dan D (Sains).

“Syukur ada juga A yang dia dapat. Dulu saya semua B. Cikgu memaklumkan, anak saya masih lulus sebab Bahasa Melayu pun lulus.

“Apa yang penting, saya pesan pada anak jadilah manusia yang berguna pada kedua ibu bapa dan semua orang. Jangan sesekali menyakiti hati sesiapa. Dengar cakap saya.

“Tak kisah kerja dalam bidang apa sekali pun dan gaji kecil, saya mahu anak hidup dalam persekitaran positif,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 24 Aug 2025

Issey Fazlisham Pentaskan Teater Dalam Penjara, Mahu Suntik Semangat Patriotisme

Issey Fazlisham membawa pementasan Teater Dalam Penjara bersempena Makar Fest.

Events Wed, 14 May 2025
Hiburan Sun, 5 Aug 2018

16年替身摔断骨头和韧带 巨石强森送他新车!

好莱坞男星巨石强森(Dwayne Johnson)人缘极佳,常透过自身影响力做善事,近来为了感谢特技替身Tanoai Reed,同时也是他的表兄弟,多年来的努力和牺牲,送上一台全新的车子,让对方感动落泪!

FESYEN Fri, 4 Oct 2019
Hiburan Mon, 19 Aug 2019
Hiburan Sun, 9 Dec 2018

#AnggunLife : Ika Nabella Seronok Jadi Tokey Sambal

Setakat ini Ika sudah hasilkan tiga jenis sambal iaitu sambal Hitam, Merah dan Hijau. Tahniah Ika!

Featured Tue, 10 Dec 2024
Featured Thu, 26 Jun 2025

Ismail Izzani Kembali Dengan ‘Tenggelam’, Sarat Dengan Emosi & Jiwa

Tenggelam jadi permulaan kepada lebih banyak lagi karya Ismail Izzani.

Featured Fri, 3 Mar 2023
error: Content is protected !!