Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari March 17, 2023 @ 5:54pm

“Takut Sampai Pengsan” – Diekori & Diajak Kahwin, Chacha Maembong Dedah Berdepan Peminat Obses… Siap Gelar Isteri!

Pelakon Chacha Maembong mendedahkan bahawa dia pernah berdepan dengan situasi di mana individu lelaki yang mengekorinya ketika menyertai acara jualan carnival di Kedah.

Malah, Chacha yang merupakan adik kepada pelakon Emma Maembong itu mengatakan bahawa situasi itu hampir serupa dengan insiden Kamal Adli yang cedera dipukul oleh seseorang ketika di carnival jualan di Singapura baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Chacha mendedahkan bahawa individu itu merupakan peminat yang terlalu obses dan berkongsi cerita detik cemas tersebut.

“Saya kena teruk Cuma tak beritahu sesiapa sebelum ini. Bukan setakat diekori, malah saya kena macam-macam lagi. Dia tanya pasal keluarga. Saya rasa tak selamat sampai dia tahu kita duduk mana. Saya masuk kereta dan dia ikut dengan keretanya.

“Ada satu tahap sampai dia panggil saya sebagai isteri. Saya sedang masak di gerai, dia tiba-tiba datang dan kata, oh my wifw, cantiknya, you pandai masak dan macam-macam lagi,” ujar Chacha.

Jelasnya, laporan polis telah dibuat namun perkara ini belum selesai dan dia mendapatkan bantuan penganjur.

“Masa buat laporan polis, dia DM di Instagram. Rupanya selama ini dia dah lama sangat DM saya. Dia dah berkahwin tapi katanya dapat lampu hijau daripada isteri untuk kahwin dengan saya.

“Dia kacau semua keluarga saya. Dia tak takut dengan laporan polis. Bila ada lagi acara di Kedah, dia datang lagi dan tunggu betul-betul di belakang gerai sampaikan saya jadi takut.

“Saya terduduk di gerai dan badan menggeletar serta pengsan. Memang terkejut kerana dia tak takut pun dengan laporan polis. Bayangkan sanggup datang lagi dan berani sampai masuk dalam khemah,” kongsinya kepada Harian Metro.

Namun begitu, Chacha tidak mahu menyalahkan pihak penganjur atas insiden yang berlaku kepadanya ini.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 27 Jan 2018

传统婚宴太无聊 新人办「肯德基婚礼 」

结婚是一生的大事之一,虽然许多人都会向往一个梦幻又华丽的婚礼,留下回忆,但这样的婚礼真的要筹办起来,需要耗费不少金钱和精力。英国有一对新人就选择在速食店肯德基结婚,场地非常特别,又可以省下很多钱,所有的客人也都很享受炸鸡和饮料,度过特别的一天。

Featured Wed, 18 Jun 2025

“Tak Boleh Cerita Pasal Kipas, Amira Dah Warning Nanti Tak Dapat Invitation”- Hael Husaini

Menerusi video tersbeut, Hael diminta oleh pengikutya untuk berkongsi cerita mengenai ‘kisah cinta’ Fattah & Amira.

Trending Tue, 17 Nov 2020

Saringan Percuma, Suntikan Tifoid Buat Semua Penghantar Makanan

Bagus untuk keselamatan rakyat dan mereka yang bekerja

#LaguXTRA Thu, 6 Apr 2023
Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Featured Wed, 2 Oct 2019

Sinaran matahari tingkatkan risiko katarak atau kanser mata

Bukan kulit saja yang anda kena lindung daripada sinaran UV!

Featured Thu, 23 Sep 2021
error: Content is protected !!