Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin March 29, 2022 @ 12:30pm

Susulan Isu Tempeleng Will Smith & Chris Rock Di Anugerah Oscars, Diana Danielle Anggap Masalah Kesihatan Bukan Mainan

Insiden melibatkan pelakon dan penyanyi popular antarabangsa, Will Smith menampar rakan selebriti, Chris Rock mengejutkan ramai pihak di seluruh dunia.

Malah, kejadian yang berlaku pada anugerah berprestij, Oscars yang disiarkan pada Isnin itu mendapat reaksi  pelbagai pihak termasuklah rakan artis di negara kita. Antaranya, Diana Danielle.

Menurut Diana, isu masalah kesihatan tidak seharusnya dijadikan bahan gurauan memandangkan isteri kepada Will Smith iaitu, Jada Smith sedang menghidapi penyakit Alopecia Areata yang menyebabkan dia keguguran rambutnya.

Perkara itu dikongsi Diana menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

“Isteri dia mengalami Alopecia Areata. Kondisi yang membuatkan dia kehilangan rambut dan itu ialah penyakit Autoimun.

“Will pasti memahami kesukaran yang dilalui Jada. Tidak baik menjadikan penyakitnya sebagai satu bentuk gurauan,” katanya.

Tegasnya, anugerah Oscars adalah tempat untuk meraikan kejayaan individu yang terlibat secara langsung dalam industri apatah lagi ia adalah platform yang baik untuk menyebarkan kesedaran mengenai penyakit tersebut.

“Dia sepatutnya menyebarkan kesedaran mengenai penyakit tersebut tetapi memilih untuk merendah-rendahkannya,” jelasnya.

Terdahulu, Will Smith yang memenangi anugerah menerusi kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem King Richard bagaimanapun memohon maaf di atas perbuatannya itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Jun 2021

“Jangan Pendam Jika Ada Masalah, Luahkan…” – Nazim Othman

Berikutan tularnya pelbagai masalah dan tekanan yang hidup yang dihadapi oleh orang ramai, pelakon Nazim Othman menggalakkan agar individu yang mengalami tekanan agar tidak memendamnya seorang diri. Nazim menggalakkan mereka yang mengalami tekanan di saat […]

Trending Sat, 10 Nov 2018

Bekas Suami Liat Bayar Nafkah Anak? Baca Ini!

Ramai di kalangan wanita yang tidak diberi keadilan sepenuhnya terutama dari sudut nafkah yang telah diputuskan oleh mahkamah syariah.

Featured Wed, 30 Apr 2025

Amerul Affendi Teruja Beraksi Dalam 6 Jilake – “Impian Jadi Nyata Bekerja Dengan Aziz M. Osman & Saiful Apek”

Wah, Amerul Affendi kini membuat kejutan dengan filem aksi komedi, 6 Jilake.

Trending Fri, 15 Apr 2022
Fab Foodies! Tue, 20 Mar 2018

Chilli Crab Gelato: Yay or Nay?

What happens when sweet meets savoury? Will it be the best thing ever or our worst nightmares come true?

Featured Fri, 10 Jan 2020
Featured Sun, 24 Nov 2024
Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Frust Bercinta…Ara Johari ‘Racun’ Hati Sendiri?

Kerana terlalu mencintai pasangan yang telah pergi…

Featured Wed, 5 Sep 2018

Kylie Jenner Berikan ‘Tour’ Ke Rumah Besarnya, Anda Pasti Akan Rasa Jealous

Haih, sesetengah orang memang bertuah dalam hidup.

error: Content is protected !!