Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops September 5, 2018 @ 2:00pm

Kylie Jenner Berikan ‘Tour’ Ke Rumah Besarnya, Anda Pasti Akan Rasa Jealous

Dia muda lagi, baru berumur 21 tahun. Tapi Kylie Jenner kini sudah memiliki sebuah empayar perniagaan yang bernilai lebih daripada $1 billion.

Hmm… apalah yang kita dah capai time itu?

Dan kalau dia ada duit sebanyak itu, anda pernah terfikir tak di mana kediamannya? Dia duduk di apartment ke, atau rumah banglo? Besar mana rumahnya itu? Berapa tingkat? Ada swimming pool tak? Adakah kita akan rasa jealous bila kita dapat lihat keadaan tempat tinggalnya?

Jawapannya YA!

Selebriti jelita ini telah merakam beberapa footage ringkas daripada perkarangan rumahnya dan memuat naik ke Instagram Story akaunnya.

Walaupun tak banyak info yang kita boleh dapat, dapat jugalah kita lihat sedikit-sebanyak yang yes, hidupnya memang mewah.

Rupa-rupanya dia tinggal di sebuah rumah agam yang nampak grand. Dia bukan ada satu kolam renang tapi dua. Besar pulak tu! Bukan itu saja, dia ada juga gelanggang tennis di perkarangan rumahnya!

Jom tengok coretan video yang Kylie telah rakam untuk Instagram Story. Nota: Pemilik akaun Instagram @kyliesnapx sempat merekod klip-klip ini untuk dikongsikan kepada orang ramai.

Video pertama adalah pemandangan balcony, kawasan swimming pool yang luas dan tennis court di belah kanan.

Tengok! Ada ruang untuk lepak, siap ada sofa lagi!

Nak tengok gambar rumahnya dari jauh? Jom tengok dari tennis court.

Nak ini rupanya bila dah zoom.

PS: Wanita dalam gambar ini adalah Jordyn Woods, BFF dan roommate Kylie.

Ini pula view kolam renang Kylie dari angle lain.

Klip ini ditangkap dari balcony, dan bilik di dalam rumah ini nampak macam bilik tidur Kylie.

Dan inilah pemandangan dari dalam. Siap ada tirai automatik yang canggih!

Dan akhir sekali, kita boleh lihat bahagian depan rumahnya. Masuk-masuk saja dah disambut dengan pak guard. Wooh!

Ada banyak kereta! Oh, dan rumahnya dua tingkat saja. Tapi keluasan perseginya… fuuuh. Dan dengar cerita, Kylie ada rumah lain yang dia dah beli. Ini cuma salah satu daripadanya.

Haih, orang kaya. Bertuahlah. Dia mungkin dah bekerja keras untuk meraih kekayaan sampai dia boleh beli rumah sebesar itu. 

Kalau anda tak rasa cemburu, baguslah. Tak payahlah kita rasa sedih dan bandingkan hidup kita dengan hidup Kylie. Apa-apa pun, kita patut rasa lebih motivated untuk berjaya dalam hidup dan mengumpul harta kita sendiri.

Selamat maju jaya!

Sumber: Seventeen

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 2 Mar 2020

Ingatkan kuih, nyaris nak gigit…

Kreatif sungguh, menarik dijadikan cendera hati!

Featured Mon, 17 Mar 2025

“Setiap Kali Solat, Saya Tak Pernah Lupa Doa Buat Mereka” – Salina Saibi Gembira Hubungan Syamsul Yusof Bersama Keluarga Kini Baik

Salina Saibi meluahkan rasa syukur dan gembira tatkala melihat hubungan kekeluargaan mereka kembali akrab.

Events Wed, 14 Sep 2022
Featured Tue, 7 Oct 2025

Hadir Program Islamik Di Luar Negara, Vivy Yusof & Suami Dapat Pelepasan Pasport Antarabangsa

Bagaimanapun, pemulangan semula passport tersebut hanyalah bersifat sementara

Featured Wed, 8 May 2019
Featured Sat, 29 Mar 2025

“Pergi Isi Minyak, Saya Diludah & Dimaki” – Peminat ‘Marah’ Fazlina Ahmad Daud Gara-Gara….

Katanya menerusi temu bual podcast, Isi Minyak Dulu, karakter Halijah ternyata memberikan impak yang besar terhadap dirinya.

Featured Wed, 22 Oct 2025

“Saya Cuma Burnout, Bukan Tutup Kedai” – Zahnita Wilson Nafi Dakwaan Perniagaan Bakeri Gulung Tikar

Zahnita Wilson menegaskan perniagaan bakeri yang dijalankannya tidak ditutup seperti yang tular.

error: Content is protected !!