Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 29, 2025 @ 5:28pm

“Pergi Isi Minyak, Saya Diludah & Dimaki” – Peminat ‘Marah’ Fazlina Ahmad Daud Gara-Gara….

Dramatis terkenal, Fazlina Datuk Ahmad Daud mengaku pernah menerima ugutan bunuh termasuklah pengalaman diludah dan dimaki selepas membawakan watak Halijah dalam drama rantaian popular di TV3, Teratak Kasih Salina lakonan bersama Ummi Nazeera.

Katanya menerusi temu bual podcast, Isi Minyak Dulu, karakter Halijah yang turut dimainkan dalam Rindu Kasih 1 dan Rindu Kasih 2 ternyata memberikan impak yang besar terhadap dirinya.

Sehinggakan, penonton sukar membuat perbandingan sama ada realiti ataupun lakonan.

“Watak Halijah itu memberikan impak dalam kehidupan saya sampai orang luar sampai tak nampak diri saya sebenar.

“Sampaikan kita nak pergi isi minyak… kita diludah, di maki, nak tumpang solat pun kena cakap belakang, ada yang cakap ‘solat tapi jahat’.

“You know all those thing termasuklah masa saya tengah shooting ada orang serang dekat set sehingga mengganggu penggambaran. Malah, ada yang kata kalau jumpa dekat luar set nak bunuh dan sebagainya,” katanya.

Namun, Fazlina atau lebih mesra disapa sebagai Kak Baby memaklumkan,  apa yang boleh dilakukannya ketika situasi tersebut berlaku adalah meminta maf dan menjelaskan perkara sebenar.

“Tapi apa yang saya boleh buat adalah meminta maaf dan menjelaskan apa yang mereka lihat itu hanyalah sekadar lakonan.

“Bila mereka faham, mereka sendiri akan sedar yang apa yang mereka lihat itu hanyalah drama semata-mata,” katanya.

Terdahulu, drama Teratak Kasih Salina memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 bermula pada 18 Februari hingga 11 Mac 2025 menggantikan Akad Yang Terlindung dan digantikan oleh Sekam Di Dada.

Antara barisan pelakon hebat yang membintangi drama ini adalah, Ummi Nazeera, Aqasha, Luqman Hafidz, Hasnul Rahmat, Mimi Ernida dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Sep 2025

“Buat Baik Dengan Orang Memang Bagus Tapi…”- Anzalna Nasir

Pelakon jelita Anzalna Nasir mengambil pendekatan untuk sentiasa berfikiran positif dan berbuat baik kepada orang lain.

Featured Sun, 29 Jun 2025

Konsert Rampas Pukau 5,000 Peminat, Akim & The Majistret Pasang Hasrat Wujud ‘Walk Of Fame’ Di Bukit Bintang

Kata Akim, dia terharu kepada peminat-peminat yang tidak henti memberikan sokongan terhadap kumpulannya itu.

Featured Tue, 28 Sep 2021

Antara Hidup Dan Mati, Gerak Khas Undercover Buat Penonton Teruja

Drama bersiri popular Gerak Khas kini kembali dengan wajah wajah baru yang menampilkan jalan cerita yang bakal membuatkan penonton teruja. Bukan hanya mengekalkan barisan pelakon asal seperti Erra Fazira, Salina Saibi, Gerak Khas Undercover juga […]

Hiburan Wed, 30 Apr 2025

“Hampir Hilang Diri…” – Marissa Yasmin Dedah Pengalaman ‘Gelap’ Hidup Dengan Individu Narsistik

Marissa Yasmin akui sukar untuk bangkit dan bebas dari individu narsistik

Hiburan Thu, 2 Sep 2021

Dapat Sambutan Penonton, OBTV Program Hiburan Socialtainment Tumpu Kisah Viral & Menarik

Sejak mula dilancarkan pada Januari lalu, program hiburan OBTV terbitan REV Media Group (RMG) (sebahagian daripada kumpulan Media Prima) antara yang mendapat sambutan penonton. OBTV adalah sebuah program kapsul hiburan socialtainment berdurasi 5 minit yang […]

Featured Mon, 19 Apr 2021

Mas Idayu & Ziana Zain Bermadu?

Penyanyi, Mas Idayu mengakui lakonannya kali pertama dalam Drama Kampung Kolestrol bergandingan bersama Ziana Zain merupakan satu pengalaman yang mengujakan. “Sebenarnya ini kali pertama mummy berlakon seumur hidup. Dalam drama ini, watak saya sebagai ketua […]

error: Content is protected !!