Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 30, 2025 @ 3:18pm

“Hampir Hilang Diri…” – Marissa Yasmin Dedah Pengalaman ‘Gelap’ Hidup Dengan Individu Narsistik

Pelakon senior, Marissa Yasmin terbuka berkongsi sisi gelap hidupnya apabila mendedahkan pernah menjalani hubungan dengan individu yang mempunyai sifat narsistik yang dikatakan bukan satu perkara mudah.

Ketika ditemui XTRA, Marissa atau nama penuhnya Marissa Yasmin Mariam Yaakob, 48, mengakui pengalaman itu benar-benar menguji kekuatan diri dan mentalnya.

“Saya pernah lalui sendiri. Sebab tu saya tahu bezakan siapa yang pernah berdepan dengan orang narsistik atau tak.

“Hidup dengan orang macam ni memang mencabar… kita yang kena ‘dera’ tapi akhirnya kita juga yang nampak jahat. Mereka pula pandai tunjuk diri sebagai mangsa,” katanya.

Menurut pelakon drama Pabila Dia Tersenyum itu lagi, berada dalam hubungan sebegitu membuatkannya hampir kehilangan diri sendiri sehingga sukar untuk bangkit semula.

“Kalau tak ada kekuatan dalaman, memang kita akan hanyut. Orang macam ni akan kawal emosi kita sampai kita hilang suara, hilang keyakinan. Bila nak keluar dari situasi tu, kita kena ada bukti kukuh. Tapi mereka tetap akan pusing cerita dan buat kita nampak salah.

“Mental juga kena kuat kerana merekan akan dera secara mental hingga membuatkan kita lemah tidak boleh bercakap,” katanya.

Ditanya bagaimana dia akhirnya berjaya ‘lari’ daripada hubungan toksik itu, Marissa berkata dia mengambil langkah menetapkan had masa untuk dirinya sendiri.

“Saya pernah terperangkap selama tujuh ke lapan bulan. Masa tu, saya doa dan harap dia akan berubah. Tapi makin lama, makin saya sedar… kalau kita bagi peluang, mereka akan pijak kepala. Narsistik tak akan berubah. Bukan macam sakit yang boleh dirawat,” ujarnya lagi.

Marissa turut menasihatkan mereka yang berada dalam situasi serupa supaya segera mencari kekuatan diri dan tidak terus terperangkap.

“Kalau kita terus bertahan dan biarkan, akhirnya kita yang lunyai,” akhirnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Kehilangan Pekan Jadi Tanda Tanya, Rita Rudaini Buat Laporan Polis

Semoga Pekan cepat ditemui, kesian Mummy Rita dah rindu sangat tu…

Featured Sun, 25 Jun 2023
Featured Fri, 24 Oct 2025
Hiburan Mon, 4 May 2026

Belum Ada Diagnosis Tepat, Shahida Akui Tak Tenang Fikir Keadaan Qadejah – “Kalau Betul Sakit Macam Itu, Saya Sanggup Derma Tulang Sumsum”

Shahida tidak menafikan perasaannya yang bercampur baur sehingga terfikir perkara paling buruk

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

李承运相隔五年回归舞台剧 意识大胆「含有成人场面」

三届剧帝李承运相隔五年再度回归舞台剧,这次他带来全新作品只限16岁以上人士观赏,并含有成人「动作」场面!

Trending Fri, 24 Apr 2020
error: Content is protected !!