Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain December 13, 2022 @ 1:16pm

Beri Impak Besar Buat Penonton, Amyza Aznan Puji Lakonan Izzue Islam Dalam Drama Rindu Kasih

Drama rantaian TV3,  Rindu Kasih yang bersiaran pada jam 10 malam, slot Samarinda baru sahaja melabuhkan tirainya sekali gus meninggalkan impak yang mendalam buat penontonnya, semalam.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, pelakon Amyza Aznan tampil memuji lakonan yang dibawakan oleh Izzue Islam ketika membuat Live bersama di platform itu.

Menerusi perkongsian tersebut, Amyza menyatakan dia tidak pernah melihat akter itu melakonkan watak seperti itu sehingga meninggalkan kesan yang besar buat peminat drama itu.

“Izzue, akak tak pernah tengok kau bawa watak macam ni. Sejujurnya, aku tabik. Cantik sangat watak yang kau bawa tu lurus bendul, setia, jadi anak yang taat, cemburu. Ya Allah, kau blend benda tu cantik sangat.

“Dalam drama ni kau smart sangat, bijak. Tapi jujur dan ikhlas akak cakap, akak tak pernah nampak sisi ini dari Izzue Islam,” katanya.

Namun, Izzue juga turut memuji kehebatan lakonan pelakon wanita itu biarpun watak yang disampaikan itu memerlukan masa yang agak singkat untuk dilakonkan.

“Apa pun, lakonan akak pun superb lah. Memang tak dinafikan dari dulu sampai sekarang tak pernah mengecewakan. Walaupun akak shoot dalam lima hari sahaja,” katanya.

Terdahulu, Amyza tampil mengingatkan kepada masyarakat agar tidak menghina banduan gara-gara watak yang dibawanya menerusi drama tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Terkesan Dengan Watak Dalam Rindu Kasih, Amyza Aznan Minta Jangan Hina Banduan – “Tak Dapat Bayang Kehidupan Realiti…”

Dalam pada itu, Izzue juga sempat berpesan kepada peminat drama tersebut agar tidak mudah terpengaruh ketika membuat sebarang keputusan.

“Pendek kata, jangan mudah terpengaruhlah. Gunakan fikiran yang waras ni untuk menilai mana yang baik, mana yang buruk sebab seronok tu sekejap je,” kata Izzue.

@nadiaa_naddd Ada yg rindu mak Ina 🤭@izzueislam @amyzaaznankaaia #rindukasih #dramaviral #masukberanda #fyp #dramasangat ♬ Munajat – DAQMIE

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Ibu Mertua Kritikal, Ifa Raziah Mohon Doa Terbaik

Semoga ibu mertua Ifa Raziah diberi kesembuhan segera… Insya Allah, sama-sama kita doakan!

Trending Wed, 21 Apr 2021

Kanak-Kanak 12 Tahun Dilarang Berkunjung Ke Bazar Ramadan

Haa, jangan bawa budak. Dah beli terus balik okay!

Featured Wed, 26 Nov 2025

Pilih Nama Tara Svara, Isteri Noh Salleh Selamat Lahirkan Baby Girl

Noh, 40, mengambil kesempatan meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga terhadap kehadiran zuriatnya itu.

Featured Sun, 1 May 2022
Hiburan Mon, 7 Apr 2025

Tegur Fatima Jangan Makan Berbunyi, Netizen Puji Fazura Pandai Didik Anak

Fazura tegur Fatima jangan makan berbunyi, perlu beradab

Hiburan Sat, 13 Jul 2019

Tahniah Shuk Dapat Anak Kedua, Kali Ni Baby Girl!

Alhamdulillah, tahniah Shuk dan isteri!

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Featured Tue, 18 Feb 2025
Trending Thu, 25 Oct 2018

Video Remaja 16 Tahun Viral Di Laman Sosial, Mangsa Nekad Lapor Polis

Difahamkan, kejadian yang berlaku di tandas sebuah pusat sukan di Mak Mandin, Butterworth.

error: Content is protected !!