Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 18, 2025 @ 2:36pm

“Hati Saya Rapuh ” – Anak Hidap Kanser Paru-Paru Tahap Tiga, Amyza Aznan Perlu Masa Untuk Reda

Pelakon Amyza Aznan mengaku terkejut dan perlukan masa untuk menerima takdir yang ditetapkan Tuhan apabila anaknya, Andre Mikhail disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Kata Amyza, Andre yang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Ampang selama dua minggu kini sudah ditukarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi meneruskan sesi rawatan kemoterapi.

“Alhamdulillah, Andre telah dibawa ke HKL dengan menggunakan ambulans dari Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan lanjut di sana.

“Sebelumnya, pihak Hospital Ampang telah melakukan prosedur untuk mengeluarkan cairan dari jantung Andre demi memastikan kadar oksigennya stabil.

“Walaupun doktor ingin melakukan intubasi pada Andre, saya menolak kerana percaya oksigennya akan kembali stabil sebelum dibawa ke HKL. Dengan izin doa, oksigennya kembali normal dan mereka terus membawa Andre ke HKL.

“Seterusnya, Andre akan menjalani rawatan kemoterapi. Menurut doktor di Hospital Ampang, selepas tiba di HKL, pihak hospital akan segera memulakan kemoterapi untuknya,” ulasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @amyzaaznankaaia

Dalam pada itu, Amyza mendedahkan anaknya itu tidak menunjukkan sebarang simptom sebelum disahkan menghidap kanser melainkan mengalami kesakitan di bahagian bahu sehingga berlarutan selama berbulan-bulan.

Ini kerana, Andre sangat aktif dalam bidang sukan.

“Ini benar-benar mengejutkan kami kerana dia tidak menunjukkan sebarang simptom. Andre memang sangat aktif bersukan, jadi dia jarang jatuh sakit walaupun demam.

“Pada mulanya, Andre mengadu sakit di bahu. Kami sangka ia hanya masalah otot kerana sering bersukan. Tapi, kesakitan itu berterusan selama beberapa bulan, jadi kami akhirnya membuat keputusan untuk membawanya ke hospital,” katanya kepada pemberita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @amyzaaznankaaia

Mengaku dia kini berada di titik terendah dek kerana mengenangkan nasib yang menimpa anaknya, Amyza bagaimanapun tidak mahu dilihat lemah apatah lagi emosinya sukar untuk ditunjukkan kepada orang.

“Sebenarnya, walaupun saya nampak kuat, emosi saya sangat sukar untuk saya tunjukkan pada orang. Saya tidak mahu orang melihat saya lemah. Hati saya rapuh. Kalau anak demam pun saya sudah menangis, apatah lagi dia sedang menghidap kanser,” jelasnya.

Terdahulu, pada Sabtu, Amyza berkongsi mengenai status kesihatan anaknya itu di Instagram miliknya sekaligus meminta orang ramai mendoakan kesihatan Andre.

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Program TV Sat, 7 Oct 2023
Hiburan Fri, 24 Oct 2025
Hiburan Mon, 15 Apr 2019

Mana Ada Gaduh, Ezuwan Ismail Terharu Che Ta…

Selama ini, Che Ta antara yang tak jemu memberi sokongan saya dalam setiap pertunjukan fesyen yang dianjurkan.

Trending Sat, 12 Jun 2021

“Tak Rasa S*ksi Pun, Itu Gaya Pemakaian Setiap Hari” – Elizabeth Tan

Penyanyi Elizabeth Tan, 27, menjelaskan cara penampilannya yang sering dipaparkan di laman sosial adalah pakaian hariannya. Tidak menganggap ia seksi, pelantun lagu Semua Sudah ini turut menafikan dia sengaja menggayakan pakaian singkat semata-mata memancing perhatian […]

Hiburan Sat, 2 Nov 2024

Impian Nak Ada Legasi Bisnes Pernah Jadi Bahan Ketawa, Neelofa Bersyukur Perniagaan Cecah 10 Tahun – “Jual Rumah, Kereta Nak Jadikan Modal”

Impian legasi bisnes pernah jadi bahan ketawa, Neelofa bersyukur perniagaan memasuki usia 10 tahun.

Featured Mon, 23 Mar 2020
error: Content is protected !!