Euforia Bola 2026
Featured By: Syafiqa Irdina May 22, 2020 @ 2:37pm

Raya PKPB: Jom Ikuti Cara-Cara Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Oleh JAKIM

Beberapa kerajaan negeri telah mengumumkan tiada solat sunat Aidifitri akan dilakukan di masjid berikutan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun ini.

Namun begitu, umat Islam tidak perlu risau kerana kita masih boleh melakukannya bersama-sama keluarga di rumah.

Ini antara kit panduan Solat Sunat Aidilfitri di rumah sempena PKPB Covid-19 yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Rakaat Pertama

Lafaz Niat
Doa Iftitah
Mengangkat Takbir 7 Kali
Membaca Tasbih
Bacaan Al-Fatihah (Imam & Makmum)
Sempurnakan Rukun Solat

Rakaat Kedua

Takbir 5 Kali
Tasbih Seperti Rakaat Pertama
Bacaan Al-Fatihah & Surah Lain (Imam & Makmum)
Sempurnakan Rukun Solat & Beri Salam

Secara umumnya Solat Hari Raya Aidilfitri adalah sama dari segi rukun dan syarat solat fardu, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir.

Sekiranya seseorang terlupa atau mengerjakan solat hari raya tanpa takbir yang disunatkan, solatnya adalah sah. Untuk panduan penuh, korang boleh baca di Kit Panduan Hari Raya JAKIM.

Semoga bermanfaat buat semua dan Salam Aidilfitri ya!

Sumber: Laman Web Rasmi JAKIM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 29 Jan 2018

LADY CRASHES CAR INTO STAIRCASE AFTER SEEING COCKROACH IN CAR

Cockroaches are scary as heck, but imagine seeing one right inside your car while driving!

Hiburan Fri, 21 Mar 2025
Trending Wed, 17 Feb 2021

DidikTV Bantu Tingkatkan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Buat Pelajar

Wabak COVID-19 yang melanda dunia memberikan kesan mendalam kepada pelajar. terutamanya kepada mereka yang sedang melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan saluran khusus untuk TV Pendidikan, DidikTV […]

Featured Tue, 5 Aug 2025

Amy Search Hantar Notis Tuntutan Kepada Shila Amzah

Pihak Shila bagaimanapun meminta sedikit waktu untuk tuntutan LOD tersebut.

Featured Wed, 17 Feb 2021
error: Content is protected !!