Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd February 17, 2021 @ 3:01pm

Kekal Anggun Di Usia 49 Tahun, Kecantikan Tengku Permaisuri Norashikin Masih Jadi Bualan Ramai

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin terkenal dengan keanggunan dan rupa paras menawan Baginda. Kelembutan dan gayanya yang elegan membuatkan ramai yang mengagumi Baginda.

Walaupun kini mencecah usia 49 tahun, namun pesona Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin masih menjadi bualan ramai.

Buktinya, kelibat Baginda sentiasa menjadi tumpuan ramai di majlis majlis rasmi malah gaya fesyen Tengku Norashikin menjadi inspirasi buat ramai pereka fesyen.

Baginda turut dipuji kerana sentiasa tampil dengan fesyen yang ringkas namun menawan, baginda dilihat seringkali menggayakan baju kurung moden bersama aksesori ringkas. Malah, baginda sering menjadi idaman ramai pereka fesyen terkenal untuk menggayakan rekaan mereka.

Walaupun sibuk dengan aktiviti seharian dan majlis rasmi , baginda masih kekal aktif bersukan untuk menjaga kesihatan membuatkan ramai yang menjadikan gaya hidupnya sebagai inspirasi.

Sebelum melangsungkan perkahwinan bersama Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin, baginda merupakan bekas penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan pernah memenangi Anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada tahun 2005.

Kredit foto : Nona

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 18 Jun 2018

Kejam! Alami Halusinasi Sampai Kelar Anak Sendiri

Berdasarkan siasatan awal, suspek tidak mempunyai masalah atau rekod mengalami gangguan mental.

Hiburan Fri, 30 May 2025
Featured Mon, 16 Jan 2023
Trending Thu, 9 Apr 2020

[Terkini] COVID-19: 109 Kes Baru, Jumlah Keseluruhan 67 Kes Kematian

Berikutan penularan wabak Coronavirus, KKM Putrajaya menerusi ciapan mengumumkan sebanyak 109 kes baru yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 4,228 kes. Manakala seramai 72 kes pesakit di ICU ( 43 pesakit […]

Trending Fri, 27 Mar 2020
Trending Mon, 9 Dec 2019

Gunung Berapi White Island Di New Zealand Meletus

Sekurang-kurangnya lima terkorban dan selebihnya masih belum dikenal pasti

Featured Mon, 16 Dec 2024

Nyanyian Mas Idayu Di Konsert Final Famili Duo 4 Dikritik Warganet, Ada Yang Komen ‘Berdesing’

Nyanyian Mas Idayu menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet.

Featured Tue, 30 Jul 2024
Eat Travel Wed, 26 Jun 2019

Anda rasa kurang cerdas? Amalkan enam jenis makanan ini!

Semua jenis makanan ini sangat enak sebagai hidangan.

error: Content is protected !!