Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 30, 2025 @ 4:53pm

Amir Raja Lawak Nasihat Mamat Sepah, Tegur Tindakan Menyampuk Ustaz Syamsul Debat – “Jangan Terlalu Selesa…”

Pelawak dan pelakon, Amir Raja Lawak tampil memberikan nasihat secara terbuka kepada rakan selebriti, Mamat Sepah, susulan tindakannya yang mencelah ketika pendakwah terkenal, Ustaz Syamsul Debat sedang berbicara dalam sebuah sesi podcast baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial, tangkap layar memaparkan perbualan mesej antara Amir dan Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad telah menarik perhatian netizen.

Dalam perbualan tersebut, Amir menasihati Mamat agar menjadikan insiden itu sebagai satu pengajaran penting dalam perjalanan kariernya.

Amir turut mengingatkan tiada siapa yang layak atau berhak menggantikan peranannya sebagai salah seorang pengacara dalam podcast berkenaan.

Selain itu, Amir turut berpesan agar Mamat tidak terlalu selesa dengan kedudukan sekarang, memandangkan sejarah lampau yang pernah menguji dirinya.

Sebelum ini, nama Mamat hangat diperkatakan di media sosial apabila Ustaz Syamsul Debat dilihat meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakannya yang mencelah ketika dia sedang berbicara dalam podcast tersebut.

Namun begitu, Mamat kemudiannya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pendakwah tersebut, sekali gus meredakan ketegangan yang timbul.

Artikel Berkaitan:[VIDEO] “Jangan Tunjuk Perangai Tak Cerdik” – Mamat Sepah Ditegur Syamsul Debat Ketika Podcast, Netizen Luah Rasa Puas Hati

Artikel Berkaitan: “Umur Kita Macam Ni Tahulah Adab Tu Macam Mana”  – Digelar Kurang Cerdik menyampuk Perbualan Syamsul Debat,  Mamat Sepah Tampil Bersuara

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 26 Apr 2023
Trending Mon, 5 Apr 2021

“Kakak Manja Minta Sister… Ya Kak Kepom Pregnant” – Elly Mazlein Kongsi Berita Kehamilan

Selebriti popular, Elly Mazlein mendedahkan dia kini sedang hamil anak pertama hasil perkahwinannya dengan seorang guru, Mohamad Azlan Che Nuh, 31. Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, berkongsi khabar gembira menerusi […]

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

‘ Kesederhanaan Dia Buat Saya Selesa,’ – Fasha Sandha

Siapa kita untuk menilai orang lain? Siapa kita untuk menghukum orang lain? Allah lebih mengetahui segalanya…

Hiburan Thu, 21 Nov 2019
Featured Thu, 4 Aug 2022

Noh Salleh Dan Mizz Nina Sah Bercerai?

Kenapa min yang sebak???

Hiburan Thu, 18 Oct 2018

Susah Bernafas, Pian Cecupak Dikejarkan Ke HKL

Sama-sama kita doakan agar Pian kembali sembuh seperti sedia kala. Cepat sihat, Insya Allah!

error: Content is protected !!