Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 24, 2025 @ 12:41pm

“Umur Kita Macam Ni Tahulah Adab Tu Macam Mana”  – Digelar Kurang Cerdik menyampuk Perbualan Syamsul Debat,  Mamat Sepah Tampil Bersuara

Pelawak Mamat Sepah tampil memberikan respons susulan kritikan yang diterimanya akibat tindakan menyampuk ketika penceramah bebas, Syamsul Debat memberikan hujahan pada sesi temu bual bersama Dol’s Podcast baru-baru ini.

Kata Mamat atau nama penuhnya, Mohd Noor Murad, dia mengambil segala kritikan dan kecaman yang diberiakn netizen sebagai perkara positif untuk menjadi lebih baik pada msa akan datang.

Namun, dia juga menegaskan, tidnakan bertujuan mengutuk dan menghinanya itu dianggap sebagai tindakan yang tidak wajar dilakukan.

“Saya pun tak tahu benda tu berlaku tiba-tiba sinag tu nampak ramai orang tanya saya mengenai episod bersama Ustaz Syamsul Debat. Tak sangka viral dah lepas beberapa minggu.

“Tapi saya mengambil komen tersebut dengan pandangan yang positif sebab ramai rupanya yang masih menonton Dol’s Podacst.

“Itu adalah satu komen untuk kita sebagai hos podcaster menjadi lebih bagus lepas ni. Tapi untuk saya sebenarnya kalau say a membaca komen-komen netizen ramai sebenarnya yang komen tentang jangan menyampuk, jaga adab berborak… itu benda yang bagus.

“Tapi bila nasihat tu lebih kepada mengutuk, menghina itu sebenarnya tak bagus untuk diri yang meninggalkan komen,” katanya.

@xtra_my Syamsul Debat menegur Mamat Sepah dalam sebuah podcast kerana kerap menyampuk ketika orang lain bercakap, sesuatu yang turut menjadi perhatian ramai sebelum ini. #fyp #xtra #beritaditiktok #sembangentertaiment #syamsuldebat #tegur #mamatsepah #dalam #podcast ♬ original sound – XTRA

Mengulas lanjut mengenai situasi yang tular, Mamat Sepah menegaskan, setiap tetamu yang dijemput di Dol’s Podcast adalah dalam kalangan kenalan rapat, termasuklah Ustaz Syamsul Debat sendiri.

Menurut Mamat, suasana santai dan mesra dalam rakaman tersebut tercipta kerana hubungan akrab yang terjalin antara mereka, justeru dakwaan kononnya dia bersikap biadab atau kurang cerdik adalah tidak berasas.

“Jadi saya sebagai podcaster kita sentiasa mengambil iktibar terhadap komen dan nasihat yang diberikan. Tapi untuk pengetahuan anda semua, setiap tetamu yang diundang selalunya kawan-kawan kita, kawan-kawan yang boleh borak, yang kita boleh bergurau.

“Dan sebelum kita masuk studio untuk mulakan podcast, normally kita akan brief dulu dekat luar, tentang apa soalan yang akan ditanya. Dan, selalunya mereka akan beri green light.

“Sebagai host kita tahu limit kita dekat mana. Tahu tidak boleh sentuh bab terlalu sensitif.

“Dan sebenarnya apa yang berlaku semasa recording tu, sebenarnya selepas kita editing kami semua akan tengok semula hasil podcast yang kita dah buat.

“Apa yang kita lepaskan dekat Youtube, itu semua kita dah tapis dulu dah. Lagipun Ustaz tu memang ustaz yang lawak. Nak borak dengan dia memang tak ada masalah. Lepas recording pun kami okay.

“Jadi saya tak isu dengan tak ada adab ke apa sebab dengan umur kita yang macam ni kita tahulah adab tu macam mana,” jelasnya.

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 8 Jan 2018

Pelajar Malaysia Dengan Kostum Spiderman Meninggal Dunia

Pelajar Malaysia Dengan Kostum Spiderman Meninggal Dunia Mati Terjatuh Dari Tingkat Lima Asrama

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

「城市巨响音乐节」齐聚20组来自亚洲各地歌手

音乐节阵容鼎盛,音乐风格丰富;来自亚洲各地的20组乐队与音乐人齐聚吉隆坡,展现音乐巨响力量!

Events Sat, 1 Jun 2019

#DramaRaya2019 : Ayyad Aisyah Kisah Dua-Beradik Yang Penuh Suka Duka

Ceriakan hari anda dengan drama-drama menarik hanya di TV3!

Events Thu, 11 Oct 2018

Ikuti Pengembaraan Dora The Explorer Kini Di Malaysia

Jom ikuti pengembaraan Dora bersama Diego!

Featured Mon, 25 Apr 2022
Replicated Draft Fri, 8 Mar 2024

Sambil Shopping Raya Pun Boleh Jana Pendapatan Sampingan Dengan GM Klang. Bestnya!

Menjelang bulan Ramadhan mesti ramai yang dah merancang nak buat persiapan untuk raya betul tak? Takut nanti dah mula berpuasa tak larat nak beriya sangat shopping kan?. Buat korang yang dah mula tercari-cari tempat untuk […]

Featured Sat, 19 Mar 2022
Hiburan Tue, 12 Mar 2024
error: Content is protected !!