Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 19, 2022 @ 2:44pm

Bertuahnya, Son Sung Deuk Siap Masak Bibimbap Untuk Members, BTS Pun Tak Pernah Rasa Tau!

Dalam minggu akhir, Master In The House Malaysia (MITHM) kali ini masih menampilkan koreografer hebat disebalik kejayaan kumpulan K-Pop terkenal, BTS iaitu Son Sung Deuk.

Namun, untuk episod kali ini Sung Deuk yang bertindak sebagai masters tidak akan mengajar members untuk menari tetapi memberikan tugasan kepada members untuk keluar ke lapangan dan melengkapkan cabaran yang diberikan. Agak-agak members boleh buat tak?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Master In The House Malaysia (@masterinthehousemy)

Selain diberi tugasan, members juga berpeluang untuk masak makanan Malaysia seperti laksa untuk dihidangkan kepada Sung Deuk.

Walaupun, ada sesetengah members mengadu laksa yang dimasak oleh ahli MITHM ni pedas tapi, Sung Deuk makan sampai licin tau!

Jadi, sebagai membalas jasa baik members, Sung Deuk juga sempat menyediakan makanan popular Korea Selatan seperti Bibimbap dan kuih muih tradisional negara berkenaan.

Wah, bertuah betul members ya. Dengar kata Sung Deuk pun tak pernah masak untuk kumpulan BTS!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Jadi, untuk mengetahui apakah agaknya cabaran dan tugasan lain yang akan diberikan kepada members, jangan lupa untuk saksikan episod malam ini, 19 Mac, pukul 10 malam hanya di TV3.

Master In The House Malaysia menampilkan CheongKwanJang (CKJ) sebagai penaja utama, Lifebuoy sebagai penaja bersama dan dikuasai oleh Samsung Galaxy Z Flip3 5G.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Feb 2020
Featured Fri, 20 Mar 2020
Hiburan Mon, 24 Jul 2023
Featured Wed, 11 Jun 2025

Isu Kes Ped*filia, Mekyun Bengang Foto Dimuat Naik Dalam “Group Budak-Budak Sekolah Rendah”

Mekyun enggan berdiam diri susulan isu kes pedofilia melibatkan kanak-kanak diumur umur.

Featured Wed, 11 Dec 2024
Hiburan Fri, 23 Aug 2024
Featured Wed, 2 Nov 2022
Hiburan Fri, 23 May 2025
error: Content is protected !!