Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 23, 2025 @ 12:52pm

[VIDEO] “Saya Pun Memilih Juga, Tak Nak Jaga Lelaki Dah Nak M*ti” – Bonda Rozita

Usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim, sekali lagi mencuri perhatian warga maya apabila secara terbuka mengakui dirinya cukup cerewet dalam soal memilih pasangan hidup.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, pengasas empayar kecantikan itu menyatakan hanya lelaki yang masih segak dan bertenaga meskipun dimamah usia dianggap layak menjadi pendamping hidupnya.

“Kalau dapat lelaki umur macam ni (sambil menunjukkan suaminya) tapi masih segak, itu tandanya dia hebat. Saya lebih tua daripada suami.

“Saya pun memilih juga, nok! Tak nak jaga lelaki yang dah nak mati,” katanya berseloroh sambil tertawa, mencuit perhatian ramai.

Dalam nada santai, suaminya yang juga abang kepada pelakon terkenal, Datin Rebecca Nur Al-Islam, turut memberikan reaksi. Menurutnya, meskipun usianya sudah melepasi 50 tahun dan lebih muda daripada isterinya, penampilannya sering disalah anggap.

“Ada yang kata saya nampak lebih tua, mungkin sebab misai saya yang tebal. Kalau saya buang misai ni, orang cakap saya nampak jauh lebih muda daripada isteri. Tapi nanti dia pula yang sedih,” katanya.

@xtra_my

“Kalau awak dapat lelaki umur macam ni tapi masih segak, itu tandanya dia hebat” – Bonda Rozita Ibrahim #fyp #xtra #beritaditiktok #sembangentertaiment #bondarozita #memilih #lelaki #jugak

♬ original sound – XTRA – XTRA

Kenyataan jujur pasangan ini mencetuskan pelbagai reaksi di ruangan komen, termasuk yang terkejut dengan pendedahan Bonda dan ada juga yang terhibur dengan keikhlasan mereka.

Terdahulu, pasangan ini pernah menjadi tumpuan apabila suami Bonda memuji isterinya sebagai seorang wanita yang bertenaga seperti gadis muda, biarpun usianya kini menjangkau separuh abad.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Puji Bonda Rozita Bertenaga Macam Wanita Muda – “Umur Dah Tua Tapi Dalaman Sihat”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 25 Oct 2025

Linda Hashim Rimas, Penyondol Beri ‘Warning’ Jangan Ganggu Beego – “Mereka Boleh Buat Suka Hati, Tapi Jangan Ganggu Saya!”

Kata Linda, dia telah didatangi seorang wanita didakwa kekasih suaminya yang mendesak untuk mereka segera berpisah.

Featured Fri, 2 May 2025

“Yang Kaya Tu Allah Sahaja”- Bonda Rozita Bidas Netizen Dakwa Suami Baharu ‘Cuci Kaki’

Bonda Rozita mempertahankan suaminya itu sekaligus menitipkan pesan buat netizen.

Hiburan Fri, 21 Sep 2018

‘Kerana Hati, Sudah Dimiliki’, Elfira Loy Mengaku Dah Bertunang

Saya berkongsi sekeping foto pada majlis istimewa yang berlaku tahun ini. Saya sangat gembira, terharu dan tersentuh. Tahniah, El & pasangan!

Events Thu, 5 Sep 2019

AKB48 Team TP二期生招募!成员分享经验:做自己妆不要太浓

20年前签下Penny戴佩妮的「台湾天王天后幕后推手」陈子鸿,相隔多年再来马为AKB48 Team TP招募新成员,希望把有潜质的女生带到台湾受训和发展。

Hiburan Wed, 17 Jan 2018

周杰伦《中国新歌声》捞金5.4亿!新导师名单爆蔡琴

天王周杰伦连续4年担任中国音乐选秀节目《中国新歌声》导师,成为节目吸睛看点。他过去一季酬劳将近台币1.2亿元,最新一季被调涨台币1.8亿元(约1600万马币),总计赚进5.4亿元(约7200万马币),不过元老导师那英确定离开,传出节目有意请蔡琴或苏芮加入导师行列!

Featured Wed, 30 Jul 2025
Trending Mon, 18 Jan 2021

PKP 2.0: KWSP Buat Pembayaran Pendahuluan Sehingga RM1,000 Bagi Kategori 2

Kalau korang nak tahu bila pembayaran pendahuluan dibuat, wajib baca artikel ni!

Trending Thu, 29 Aug 2019

Kyfa Nishka 3 Bulan Hidap Ketumbuhan Buah Pinggang Dan Kanser Otak, Sayu Hati Netizen..

Baru berusia 3 bulan namun betapa berat ujian yang ditanggung bayi comel ini…

Hiburan Sun, 28 Oct 2018

Ini Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2018 Kategori Bukan Drama & Teknikal

Tahniah kepada semua pemenang, jumpa pada 2 November nanti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

error: Content is protected !!