Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 24, 2023 @ 5:22pm

[VIDEO] Pengurus Kongsi Keadaan Terkini Suara Siti Nurhaliza – “Ambil Masa Untuk Pulih 100%…”

Baru-baru ini, kemunculan penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza di pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH35) meraih perhatian ramai selepas pertama kali mempersembahkan lagi Romansa Kita dari album terbarunya SITISM.

Susulan itu, peminat-peminat beliau mula memberi komen isu lontaran vokal Siti Nurhaliza yang dijangkakan telah pulih sepenuhnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Pengurusnya, Rozi Abdul Razak tampil menjawab soalan netizen berhubung vokal Siti Nurhaliza menerusi sebuah video di platform TikTok.

Jelasnya, vokal pelantun lagu popular Bukan Cinta Biasa itu akan mengambil masa yang lama untuk pulih seperti sedia kala.

“Tak, ambil masa.. suara beliau (Siti Nurhaliza) tak boleh sihat 100%. Sebenarnya, situasi seperti ini bukan Datuk Siti saja yang alami, ramai lagi artis international dan artis tanah air alami juga.

“Tak akan makan setahun untuk baik. Dia (Siti Nurhaliza) ada masalah tapi tak perlu diceritakan kepada umum.

“Alhamdulillah beliau masih menyanyi cuma dalam kondisi semampu beliau, kita tak ada memaksa apa-apa.

“Bagi saya mudah je, seseorang tu akan buat apa saja kerja dia atas kapasiti kemampuan di. Jadi kita buat apa yang termampu, tak ada paksaan nak berkawan,” tuturnya.

Tambahnya lagi, Rozi mendengar arahan doktor untuk menjaga jadual rutin harian beliau agar tidak terlalu sibuk dan ada masa untuk berehat.

“Kondisi Datuk Siti sekarang, saya memang fikirkan untuk dia sihat, jaga kesihatan dia, ada waktu untuk dia rehat jadi kita mengawal jadual kerjanya supaya keadaan semakin hari semakin baik.

“Tetapi untuk baik sepenuhnya dalam waktu terdekat itu doktor kata tidak. Akan ambil masa yang lama,” katanya lagi.

@m.s.zone Beri Siti masa. dia pun manusia biasa, ada fasa perubahan. 27 tahun non stop menghiburkan; bila keadaan dia tak mengizinkan, korang kutuk dia ramai2.. itu ke namanya peminat? hidup ni mudah je kalau buat mudah. rasa suara dia dah tak sedap di telinga, stop dengar. rasa tak nak minat, itu pilihan sendiri. #sitinurhaliza #fypシ #sitism ♬ original sound – ꪑᦓ

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 71,000 tontonan, 2,000 tanda suka dan lebih 200 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 28 Aug 2023
Hiburan Wed, 20 Dec 2017

时隔9年再发片 方泂鑌“我不是神”

时隔9年再发片的方泂镔,日前带着新专辑《我不是神》回马宣传;重返乐坛的他,改名为方『泂』镔,并在记者会上自嘲有新人出道的感觉。

Hiburan Thu, 23 May 2019

Westlife前成员Brian McFadden为Boyzone大马站巡演任演唱嘉宾

Westlife前成员Brian McFadden为6月14日Boyzone大马站巡演担任表演嘉宾!

Events Tue, 25 Sep 2018

[#WinWithxtra] List of Winners for Nights of Fright 6 Contest

Remember to read the terms and condition!

Hiburan Thu, 5 Jul 2018
Hiburan Sun, 1 Dec 2019
error: Content is protected !!