Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir August 28, 2023 @ 9:42pm

Isteri Ryan Bakery Hamil 5 Bulan, Siap Dah Ada Nama Anak! – “Kalau Lelaki Saya Nak Beri Nama…”

Pempengaruh media sosial, Ryan Bakery bukan sahaja teruja di atas kemenangan di TikTok Awards Malaysia 2023 malah berkongsi berita gembira isterinya, Elyia Ibrahim sedang hamil lima bulan.

Menurutnya, dia tidak menyangka bakal bergelar bapa tidak lama lagi dan memohon orang ramai mendoakan agar kandungan isterinya dalam keadaan selamat.

Malah, Ryan sudah mempunyai perancangan nama untuk diberikan kepada anak sulungnya meskipun jantinanya masih belum diketahui.

“Syukur atas kemenangan ini. Ini sebenarnya hadiah buat isteri dan anak kami yang akan lahir nanti. Isteri saya kini sedang hamil lima bulan.

“Tak sangka dan tanpa sedar saya dah nak jadi ayah. Mohon doa semua untuk kesejahteraan isteri dan anak dalam kandungan.

“Kalau anak lelaki saya nak beri nama Ryan Ezra. Kalau perempuan pula Raisya Ezra,” ujarnya teruja.

Ryan ditemui semasa majlis TikTok Awards Malaysia 2023 yang diadakan di Pusat Pameran Perdagangan Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, semalam.

Pada acara tersebut, Ryan berjaya membawa pulang trofi bagi kategori Popular Creator of the Year dan menewaskan calon lain iaitu @sofyank96, @drbengee, @alexhkf dan @itsjoyvnn.

Berkongsi lanjut tentang fasa kehamilan, Ryan memberitahu isterinya mengalami alahan yang teruk.

“Teruk juga dia muntah-muntah masa awal kehamilan tu. Selain itu, dia mengidam nak minum green tea dimana jauh nak pergi beli.

“Bayangkan nak pergi cari air tu sebab saya tinggal di kawasan pedalaman kampung. Tapi kena juga lah turutkan permintaan itu,” kongsinya.

Sebagai persediaan bergelar bapa, dia sedar perlu bekerja lebih keras untuk menampung kehidupan keluarga pada masa hadapan.

“Sekarang ni semua kerja saya buat. Tapi disebabkan saya tinggal di Temerloh, Pahang, jadi agak terbatas sikit sebab banyak tawaran di Kuala Lumpur.

“Pernah juga cuba tinggal di KL, tapi susah nak dapat idea buat content. Saya lebih tenang dan selesa tinggal di kampung.

“Kalau dah ada anak nanti, mestilah saya akan buat content bersama isteri dan anak,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, Ryan dan Elyia telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu.

 

Kredit foto (Ryan & isteri) : mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Dec 2022
Featured Fri, 31 May 2024

“Saya & Suami Tak Pernah Duduk Berbincang Untuk Pemilihan Watak” – Amyra Rosli

Bagus lah kan, professional dengan kerjaya masing-masing

Hiburan Mon, 4 May 2026

“Duit Boleh Dicari Tapi Memori Dengan Anak-Anak Sekali Pergi Takkan Kembali” – Rita Rudaini Titip Nasihat Kepada Ibu Bapa

Rita berkata kenangan bersama anak-anak jauh lebih bernilai berbanding harta yang dikejar.

Featured Mon, 30 Jun 2025

Amir Masdi Nafi Hangat Bercinta -“Kalau Tiada Mungkin Belum Lagi”

Selepas PKP, Amir tidak terfikir untuk kembali menjalin hubungan cinta.

Selebriti Mon, 18 Dec 2023
Featured Thu, 22 Dec 2022
Featured Sun, 14 May 2023
Featured Mon, 8 May 2023
Hiburan Tue, 18 Jun 2024
error: Content is protected !!