Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 4, 2026 @ 4:37pm

“Duit Boleh Dicari Tapi Memori Dengan Anak-Anak Sekali Pergi Takkan Kembali” – Rita Rudaini Titip Nasihat Kepada Ibu Bapa

Pelakon jelita, Rita Rudaini mencuri perhatian apabila tampil menitipkan nasihat buat ibu bapa agar tidak terlalu mengejar wang ringgit sehingga mengabaikan masa bersama anak-anak.

Menerusi perkongsian di platform Threads miliknya, Rita memuat naik foto kenangan bersama dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 16, dan Airit Qaqa Arjuna, 14, ketika mereka masih kecil.

Menurut aktres filem Mami Jarum itu, kenangan bersama anak-anak jauh lebih bernilai berbanding harta yang dikejar.

“Anak-anak mungkin tak ingat berapa banyak duit kita ada, tapi mereka akan ingat setiap masa kita bersama mereka.

“Bukan tak penting cari duit, tapi masa dengan anak-anak itu paling tak ternilai. Jangan sampai kita sedar-sedar, mereka sudah meningkat remaja.

“Duit boleh dicari, tapi memori bersama anak-anak, sekali hilang takkan kembali. Jangan terlalu sibuk mengejar rezeki sampai terlepas momen yang tak akan berulang.

“Satu hari nanti rumah akan sunyi, yang tinggal hanyalah kenangan ketika mereka masih kecil,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan dilontarkan Rita.

Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak negara, Mohd Aidil Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada 5 September 2013.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Dec 2024
Trending Thu, 12 Aug 2021
Featured Tue, 5 Aug 2025

Amy Search Hantar Notis Tuntutan Kepada Shila Amzah

Pihak Shila bagaimanapun meminta sedikit waktu untuk tuntutan LOD tersebut.

Trending Tue, 12 Mar 2019

赛亚人穿水手服?网惊:童年崩坏了

七龙珠与美少女战士互换战袍,你接受到吗?

Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Ada Apa Dengan Sufi Rashid?

Lagi sebulan nak nikah, Sufi Rashid dihujani pelbagai dugaan.

Hiburan Fri, 26 Apr 2019

Elfira Loy Kolaborasi Dengan Mc Vogue Keluarkan Koleksi Baju Raya

MC Vogue kini menjadi jenama tempatan yang pantas mencuri perhatian di seluruh negara dengan lebih 20 cawangan. Malah nama MC itu sendiri sebenarnya merupakan akronim kepada Muslimah Collection dan diusahakan oleh pasangan suami isteri Teff […]

error: Content is protected !!