Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 16, 2026 @ 1:24pm

Rita Rudaini Titip Pesan Selebriti Terpalit Isu Hubungan Toksik – “Cepat-Cepat Keluar! Kalau Duduk 10 Tahun Atau 15 Tahun Kau Akan Mereput”

Pelakon versatile, Rita Rudaini tampil memberikan respons susulan beberapa isu tular melibatkan rakan artis yang terpalit dalam hubungan toksik.

Kata Rita, golongan wanita tidak seharusnya bertahan dalam hubungan toksik sehingga memberi kesan negatif bukan sahaja terhadap diri sendiri tetapi jika ia melibatkan emosi dan kesejahteraan anak-anak.

“Sebenarnya macam ni lah… Kadang-kadang orang perempuan ni dia fikir macam ni, sayang satu, lepas tu satu lagi fikir ‘Alah kesian kat anak.’ Tak boleh! Kalau kita kesian dekat anak kita kena keluar.

“Kalau kita duduk hubungan toksik tu, anak nampak dan benda-benda tu nanti dia membesar dalam keadaan yang tidak elok,” katanya.

Tegas Rita, tindakan terbaik adalah menyelamatkan diri secepat mungkin sekiranya menyedari hubungan tersebut tidak sihat.

“Cepat-cepat keluar. Kalau sedar benda tu berlaku, toksik ke? Apa ke? So, cepat-cepat selamatkan diri dengan anak.

“Takkan nak hadap? Sebab apa? ‘Aku duduk sebab aku sayang rumah tangga aku.’ Atau ‘Aku seorang je sayang sebenarnya?. Kita kena sama-sama. Bila seorang sahaja sayang memang tak jadi,” jelasnya.

Rita berkongsi perkara demikian ketika ditemui pada sesi sidang media drama terbaharunya berjudul, Jiwa Seorang Pentaksub yang diadakan di Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur pada Khamis.

Mengulas lanjut, ibu anak dua itu berkata, keadaan mental dan emosi boleh terjejas jika terlalu lama memendam perasaan dalam hubungan yang tidak sihat.

“Duduklah 10 tahun atau 15 tahun ke… kau akan mereputlah. Jadi  sayang diri dulu. Bukan nak menggalakkan bercerai, tak… Cuma jalan terbaik itulah. Sayang diri dulu, mula settle cara elok.

“Kalau tak boleh nampak macam teruk sangat takkan nak tunggu? Eh, saya kalau dua tahun, tiga tahun dah lama sangat tu. Tak boleh dah tu kan mental kita. Kita bekerja lagi dengan anak lagi kan? ” tegasnya.

Rita menasihatkan agar wanita tampil berani membuat keputusan demi kebahagiaan diri sendiri tanpa dibelenggu rasa takut.

“Tak kan semua benda kita nak kena hadap. Lama-lama muka kita dah nampak tua lah apalah… lepas tu orang nampak kita pun macam tak keruan.. Lepas tu kita pun tak nak berdepan orang, mengasingkan diri.

“Jadi, tak elok macam tu. Ia tak baguslah untuk diri sendiri. So positifkan diri, keluar,  fikir bahawa ‘Aku boleh, aku nak apa… nak bahagiakan diri.’ Bahagiakan diri dulu. Jangan fikir sebab ‘Takutlah nanti aku keluar kalau aku bercerai macam mana nanti aku nak survive?’Jangan fikir benda tu. Jangan fikir” ujarnya.

Sebelum ini, pelakon Dayana Roza tampil berkongsi pengalamannya sekali gus tampil mempersoalkan mengapa semakin ramai lelaki Melayu didakwa berlaku curang, sekali gus menegur sikap segelintir golongan itu yang didakwa tidak menghargai perkahwinan, selain menyifatkan tindakan curang sebagai sesuatu yang tidak wajar.

Jelasnya, situasi menjadi lebih rumit apabila ada pihak yang cuba memainkan peranan sebagai mangsa selepas berdepan konflik rumah tangga.

Artikel Berkaitan:“Kalau Tak Puas Mem*nt*t Jangan Kahwin” – Dayana Roza Persoal Kenapa Lelaki Melayu Suka Curang, Titip Pesan Minta Wanita ‘Angkat Kaki’ Dari Hubungan Toksik

Artikel Berkaitan:Akui Kenyataan Isu Curang Kasar, Dayana Roza Harap Golongan Lelaki Jangan Normalisasi Aniaya Pasangan – “Tengok Muka Anak Kalau Rasa Nak Curang”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Sep 2019

The Queen Choi Sooyoung of Girls’ Generation Has Come to Conquer YouTube

We stan! Literally, even before anything else, we seriously stan!

Trending Tue, 5 Jan 2021
Hiburan Tue, 10 Feb 2026

“Bila Nak Kahwin, Tak Nak Anak Ke?” – Shiha Zikir Terkedu Disindir Penyanyi Terkenal Secara Terbuka 

Mengulas lanjut, Shiha mengakui dia tidak mampu menahan emosi dan menangis sebaik pulang ke hotel.

Featured Thu, 27 Mar 2025

Bukan Hutang Along! Kereta Milik Faye Kusairi Rosak Dihempap Bumbung Kondominium

Kata Faye, bukan kenderaan miliknya sahaja yang terkena tetapi beberapa lagi buah kenderaan turut menerima nasib sama sepertinya.

Featured Mon, 18 Oct 2021

Cikgu Sekolah  Memandu Tunjuk Alat Sulit Kini Diburu Polis

Tindakan tidak senonoh seorang guru sekolah memandu yang melakukan gangguan seksual kepada pelajarnya kini diburu pihak polis. Difahamkan, suspek bertindak membuka zip seluar sebelum mengeluarkan alat sulitnya untuk ditunjukkan kepada mangsa. Menurut Ketua Polis Daerah […]

Trending Tue, 10 Jul 2018
Hiburan Tue, 16 Dec 2025
error: Content is protected !!