Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 27, 2025 @ 11:44am

Bukan Hutang Along! Kereta Milik Faye Kusairi Rosak Dihempap Bumbung Kondominium

Menjelang beberapa hari sahaja lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri bakal me jelma, pelakon Faye Kusairi berdepan insiden apabila kereta jenis Proton Exora miliknya  rosak terkena serpihan bumbung kondominium kediamannya.

Kata Faye, bukan kenderaan miliknya sahaja yang menjadi mangsa, tetapi terdapat beberapa lagi buah kenderaan lain turut menerima nasib sama sepertinya.

“Around 4 petang, hari Rabu… salah satu bumbung balkoni dari tingkat 3 bangunan kondo kami ni roboh (besar kemungkinan kayu bumbung tu reput atau sudah lama).

“So all the heavy concretes and wood fell on my car and another neighbor as well. Aku ni sedih lah.. mana lagi dah dekat Raya, perlu pakai duit yang banyak, kita ni nak shooting lambat lagi nak masuk set baru.

“Berniaga pun sendu-sendu during Ramadan ni. Ye lah.. Nasi Ayam ni bukan sejenis makanan “dinner”.  Lebih sesuai for lunch.. Mana lagi kereta ni juga aku pakai untuk cari rezeki, hantar anak ke sekolah bagai.. Nak balik kampung nak berjalan tu semualah. Sedihlah, tapi aku reda,” katanya.

Faye berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Faye sekaligus menepis dakwaan kononnya kereta miliknya itu rosak disebabkan perbuatan khianat dan pinjaman along.

“Usahlah, yang mana kata hutang along ke orang khianat ke apa-apa negatif tu.. Sudah-sudahlah.

“Aku ni manusia jenis lambat lagi kacau orang ke, buat onar ke buat jahat. Aku ni betul-betul buat hal aku sendiri je, itulah orang kata aku ni membosankan,” jelasnya.

Meskipun reda dengan dugaan yang menimpanya, Faye sekali lagi berharap agar orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya dan keluarga.

“Doakan yang baik-baik. Although, memang lagi ramai yang mendoakan, terima kasih saya ucapkan. We’ll be okay.

“Aku sedih tadi je, lepas tu sudahlah. Nak sedih murung lama-lama macam tak ada masa lah pula. Esok lusa sambung sedih dan murung tu. Buat masa ni, aku okay dah sikit,”ujarnya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 7 Apr 2019

Bolot Enam Anugerah, Nur Menang Besar Di DFKL 2019!

Tahniah buat semua pemenang DFKL 2019, jumpa lagi tahun depan…InshaAllah!

Events Mon, 18 Mar 2019

IKEA Terbesar Dibuka Di Penang

Berita baik buat orang Utara! IKEA kini membuka gedung pertamanya di daerah Batu Kawan, Pulau Pinang.

Hiburan Mon, 19 Mar 2018

Tahniah! Baby Pipi Merah Selamat Dilahirkan!

Puteri sulongnya itu yang dilahirkan secara pembedahan seberat 3.55 kilogram berada dam keadaan baik dan sihat.

Trending Mon, 26 Aug 2019

Reminisce Malaysia’s Beautiful History and Stories Through Malaysian Maestro Hotels

Steeped in history; Malaysian hotels with a unique story to tell.

Featured Thu, 8 Jun 2023
Featured Mon, 26 Apr 2021

“Makan Je Depan Saya Bulan Puasa, Perkara Itu Tidak Biadab” – Izara Aishah

Isu golongan wanita yang uzur (tidak dapat berpuasa) dan makan secara terbuka di khalayak menjadi perbincangan hangat di laman sosial. Berikutan tular rakaman Tiktok seorang wanita yang tidak berpuasa dan makan secara terbuka ramai yang […]

Hiburan Sun, 4 Aug 2019

Syahrini Bakal Jadi Ibu?

Kalau betul bagai apa dikata, Alhamdulillah…

Featured Tue, 30 Sep 2025

Zizi Kirana Mohon Misi Kemanusiaan Berjaya, Impi Duduk Lama Depan Kaabah

Zizi juga berazam untuk ke Tanah suci Makkah & Madinah.

Trending Fri, 29 Jun 2018

Anda Penggemar Sardin? Baca Ini!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menarik balik enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin dari pasaran iaitu Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.

error: Content is protected !!