Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin December 16, 2020 @ 2:06pm

Gangguan Bekalan Air Di 38 Kawasan Di Sabak Bernam Dijangka Pulih Esok

Kerja-kerja penggantian injap di dua lokasi yang menyebabkan gangguan bekalan air berjadual selama 16 jam di 38 kawasan di wilayah Sabak Bernam dijangka siap pada jam 8 malam ini.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri, bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna sejurus kerja-kerja penggantian selesai dilakukan.

“Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 2 pagi, 17 Disember,” katanya.

Bagi orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai status bekalan air terkini diminta melayari laman sesawang www.airselangor.com.

Terdahulu, Air Selangor melaporkan sebanyak 38 kawasan di wilayah Sabak Bernam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual akibat pelaksanaan kerja penggantian 6 unit injap di Jalan Besar Belia, Sungai Panjang dan pemasangan satu injap baharu di Parit 13, Sungai Panjang.

Sumber : Air Selangor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 13 Jan 2021

“Apa Yang Terbaik Untuk Kita Tak Semestinya Terbaik Untuk Orang Lain” – Alif Satar Kongsi Kata-Kata Positif

Ujian setiap orang berbeza beza, sentiasalah pilih untuk menjadi baik ❤️

Hiburan Tue, 24 Jun 2025

Alif Satar Bimbang Keselamatan Keluarga & Rakan Di Doha

Alif Satar bimbang keluarga dan rakan di Doha, Qatar

Trending Wed, 5 Aug 2020
Gaya Hidup Sun, 5 Jan 2025

Baru Berusia 5 Tahun, Maleeq Dragster Ukir Nama Dalam Malaysia Book of Records

Maleeq mencatat pencapaian luar biasa dengan merangkul 14 gelaran juara, termasuk gelaran juara dunia kategori lima tahun di RCS Championship, Tokyo, Jepun.

Hiburan Thu, 26 Aug 2021

3 Drama Rantaian Hebat Bakal Buat Penonon Melekat Di TV3!

TV3 tidak pernah menghampakan jutaan peminat drama Melayu yang sentiasa mahukan naskhah yang mengetengahkan jalan cerita yang segar dan menarik. Terbaharu di bulan Ogos, slot Sakura memaparkan kisah seorang gadis yang bertemu dengan jejaka idaman […]

Hiburan Tue, 10 Dec 2024
error: Content is protected !!