Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin January 5, 2025 @ 3:52pm

Baru Berusia 5 Tahun, Maleeq Dragster Ukir Nama Dalam Malaysia Book of Records

Jaguh muda sukan pushbike, Maleeq Dragster atau nama sebenarnya Wan Ayden Maleeq Wan Muhd. Muzri, 5, mencipta sejarah apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai juara termuda dengan jumlah kemenangan terbanyak dalam kejohanan pushbike kanak-kanak di peringkat antarabangsa dalam tempoh setahun.

Maleeq mencatat pencapaian luar biasa dengan merangkul 14 gelaran juara, termasuk gelaran juara dunia kategori lima tahun di RCS Championship, Tokyo, Jepun.

Bapanya, Datuk Seri Wan Muhd. Muzri, menegaskan bahawa kejayaan ini membuktikan potensi sukan pushbike dalam membentuk daya juang dan keberanian generasi muda.

“Sebagai ibu bapa, kami amat berbangga dengan pencapaian Maleeq. Dia menjadi inspirasi bukan sahaja kepada adik-beradiknya, tetapi juga kepada rakan-rakan seperjuangan. Kami berharap kejayaan ini akan menjadi permulaan kepada karier cemerlang sebagai atlet negara.

“Selain mencipta rekod baharu untuk Malaysia, Maleeq turut mengharumkan nama sukan pushbike negara di persada dunia. Semoga dia terus mengekalkan prestasi cemerlangnya dan membawa nama Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Kejayaan di Peringkat Antarabangsa dan Tempatan

Maleeq berjaya mempertahankan gelaran juara di Jepun selama dua tahun berturut-turut, di samping mencatat kemenangan di Thailand, Indonesia, Filipina, Hong Kong, dan Singapura. Di peringkat tempatan, antara kejuaraan yang diraihnya adalah M8 Malaysia International Pushbike GP Series 2 di Langkawi dan M8 Malaysia International Pushbike GP Series 4 Petronas.

Pelumba muda itu juga menjuarai Rockfish Cup International Championship 2024 baru-baru ini, mengalahkan pesaing dari pelbagai negara.

Ibunya, Datin Seri Nursyafira Mohd. Zain, memuji semangat kental Maleeq, walaupun pernah tercedera semasa latihan.

“Maleeq memang seorang anak yang bersemangat tinggi. Begitu juga kakaknya, Mikayla, dan abangnya, Mikael, yang terus menunjukkan prestasi membanggakan walaupun pernah mengalami kecederaan.

“Kejayaan mereka bermula dari rumah. Melihat minat dan kesungguhan mereka, kami mengambil jurulatih dan membina pusat latihan sendiri. Latihan hanya dilakukan pada waktu malam, manakala perlumbaan diadakan pada hujung minggu agar tidak menjejaskan pelajaran mereka,” katanya.

Persediaan untuk Kejohanan di Jepun

Menurut Wan Muhd. Muzri, yang juga Presiden The M8 Cycling Club, Maleeq dijadualkan kembali ke Jepun pada Januari depan untuk menyertai Run Bike Series (RCS) bersama abang dan kakaknya serta tujuh pelumba Malaysia lain.

“Persaingan kali ini dijangka sengit, tetapi dengan persediaan yang baik, kami yakin pelumba muda Malaysia akan memberikan yang terbaik,” ujarnya.

Melihat ke hadapan, Maleeq bercita-cita untuk menceburi sukan permotoran Mini GP, hasil kerjasama M8 Malaysia dan ZK Racing.

“Program ini membuka peluang kepada bakat muda untuk terus berkembang. Sukan seperti ini bukan sahaja membina keyakinan diri, tetapi juga membantu anak-anak berinteraksi dengan rakan sebaya,” tambah Wan Muhd. Muzri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Mar 2020

[VIDEO] Mitos Atau Fakta? Covid-19 Boleh Rosakkan Organ Hingga Menyebabkan Kematian

Apapun, sentiasa membasuh tangan dan memakai topeng muka gais!

Trending Fri, 22 Oct 2021

Wifi Sebelah Rumah, Semanis Senyumanmu & Tahyul Hiasi Slot Akasia & Samarinda Bulan Oktober Ini

Berita baik kepada peminat drama Melayu yang sentiasa mahukan naskhah terbaik di slot Akasia dan Samarinda TV3, jangan ketinggalan untuk menyaksikan lakonan hebat daripada pelakon-pelakon pujaan anda di bulan Oktober ini! Antaranya, Zul Ariffin, Ruhainies, […]

Hiburan Tue, 11 Feb 2025

Baru Berusia 6 Bulan, Anak Bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah Meninggal Dunia

Anak bongsu Zaquan Adha Ayu Raudhah dilahirkan pada Ogos tahun lalu

Hiburan Tue, 27 Jan 2026
Hiburan Thu, 20 Apr 2023
Featured Tue, 6 Sep 2022

“Sekarang Dah 37 Tahun, Memang Ada Perubahan” – Zoey Rahman Nafi Buat Muka

Haa, faktor usia katanya!! Zoey sendiri cakap tau. 🤪

Featured Tue, 22 Mar 2022

“Tak Adil Jika Hanya Tuding Kesilapan Pada Satu Pihak” – Ruhainies Harap Orang Ramai Maafkan Zul Ariffin

Apapun, Ruhainies berkata manusia tak boleh lari daripada melakukan kesilapan dan bukan niatnya untuk ‘back up’ Zul, tetapi..

Hiburan Mon, 14 Jul 2025
Featured Mon, 26 Jul 2021

“Drama Paling Gedik Pernah Kami Buat..”- Kelainan Drama SitikTok Curi Perhatian Penonton

Drama terbaru yang ditayangkan di TV3 SiTikTok yang baru sahaja menemui penonton pada 22 Julai lalu ternyata mencuri perhatian ramai di media sosial. Drama bersiri 16 episod yang diarahkan oleh Joon Goh ini menampilkan pelakon-pelakon […]

error: Content is protected !!